•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Lelaki Pun Kena Buat Senaman Kemut Ni, Barulah Lebih Sihat & Bertenaga Di Ranjang! Ini 5 Manfaat Buat Kamu.

by | Jul 4, 2017

Pernah tak korang rasa dah habis kencing tapi lepas tu tiba-tiba terkeluar pula air kencing sikit. Ha ini bahaya kerana anda mungkin mengalami masalah fesus atau inkonteinensia urine, iaitu di mana keadaan air kencing anda bocor dan anda tidak mampu menahannya.

Bagi mereka yang mengalami masalah ni, di sarankan untuk melakukan senaman kegel. Senaman ini diperkenalkan oleh Dr. Arnold Kegel sejak tahun 1945 lagi. Senaman ini bukan sahaja untuk wanita, tetapi juga untuk lelaki terutama yang menghidap kanser prostat.

Selain itu senaman ini juga bagus untuk kuam lelaki,Nak tahu apa kebaikannya Jom! Kita lihat manfaat daripada senaman ini:

1. Kesihatan penis

Melalui senaman ini, darah akan berjalan lancar dan meningkatkan aliran darah ke penis, seterusnya menjadikan prostat sihat dan menjaga kesemua sistem seksual.

2. Tahan Lama di ranjang

“Adik” lesu di ranjang adalah benda yang paling ditakuti oleh lelaki. Jadi, senaman ini membantu lelaki untuk lebih tahan lama ketika bersetubuh dan tidak lagi ditertawakan oleh isteri.

3. Pancutan lebih kuat

Melalui testimoni yang dibuat oleh pakar ke atas orang yang melakukan senama kegel, kebanyakan mereka berpuas hati dan merasa pancutan lebih kuat dan jauh ke dalam. Ini kerena mereka telah berlatih untuk menahan ejakulasi sehingga di tahap kemuncak, baru dilepaskan. Ibarat gunung berapi yang dah beribu-ribu tahun tidak meletus!

4. Merangsang orgasm

Senaman ini membantu meningkatkan kenikmatan seksual kerana senaman ini boleh meningkatkan aliran darah, seterusnya meningkatkan ransangan di bahagian-bahagian tertentu.

5. Kawalan terhadap air kencing

JIka sebelum ini anda mudah bocor atau kencing tidak tentu masa, selepas melakukan senaman ini, anda akan dapat mengawal sistem buang air kecil. Mengawal bukan maksud menahan sebab buang air kecil tidak boleh ditahan, takut terkena batu karang.

Berikut merupakan cara melakukan senaman kegel/ kemutan :

1. Rapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus dengan padat dan tahan nafas seketika antara tiga hingga lima saat, lepaskan kemutan dan ulangi sehingga 10 kali.
2. Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali cengkam 10 kali.  
Ketika melakukan senaman kemut, lelaki itu perlu dalam keadaan selesa iaitu sudah buang air besar dan kecil, baru lakukannya.

Tambahan 
Amalan mengemut ini mempunyai khasiatnya tersendiri. Kemutan dapat membina otot benteng pangkal zakar, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan dan menjadikan penghujung zakar lebih padat dan kembang, seolah-olah zakar kelihatan besar bahagian depan!

Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan romantik dengan pasangan. Hubungan seksual menjadi lebih seronok dan lebih memberangsangkan.

FOLLOW KAMI

VIDEO

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: