• 107
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    107
    Shares

BUKAN SEKADAR PEREKA FESYEN.

Industri fesyen Malaysia dinihari kian rancak melakar sejarah. Kita punya legasi besar seperti Datuk Jimmy Choo serta Dato’ Bernard Chandran yang mencipta nama di luar negara. Namun, adakah pereka fesyen khususnya pereka baru hari ini memahami erti sebenar panggilan pereka fesyen itu?

Hari ini semua orang mahu menjadi pereka fesyen. Tidak kira dari segi apa, semuanya mahu berkarya dalam industri fesyen. Sama ada lelaki mahupun perempuan, masing-masing bersaing untuk menjadi yang terbaik dan mahu mencipta karya artistik yang unik dan akhirnya membawa mereka ke dimensi populariti yang tak pernah dijangka. Saya kira di Malaysia sudah ramai yang berani mempamerkan helaian baju mahupun tudung dari pelbagai warna, rekaan, pilihan fabrik mahupun function sesuatu design itu. Apa yang menjadi persoalannya, setakat mana nilai kualiti sesuatu design itu, dan sejauh mana setiap pereka fesyen khususnya pereka muda itu mampu untuk berdiri kukuh dalam industri fesyen Malaysia?

FASHION IS BUSINESS, BUSINESS IS MONEY

Sejujurnya bagi saya, untuk menjadi seorang fashion designer berbeza dari seorang successful or good designer. Dua istilah yang berlainan. Hingga hari ini, barangkali ramai yang keliru dengan dua istilah ini. Mereka mungkin meminati fesyen, tapi hanya untuk populariti tanpa memikirkan nilai etika dalam dunia fesyen. Dan ada pula yang menceburi bidang fesyen hanya untuk mengaut keuntungan. Apa yang paling merugikan apabila mereka yang mempunyai ilmu dalam fesyen dan minat yang mendalam dalam seni reka fesyen, tetapi langsung tidak tahu bagaimana untuk menjual mahupun mengaut keuntungan hasil daripada rekaan mereka. Untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya, ia bukan sahaja tertumpu pada satu aspek, malahan ia melibatkan beberapa aspek yang lain. Maksud saya, ia bukan tertumpu mengenai ilmu fesyen itu semata-mata. Bukan hanya melibatkan ilmu menjahit, pattern drafting, fabrikasi, pilihan warna, mahupun ilmu drape. Ya! Memang benar, untuk menceburi bidang ini, anda harus menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. Tetapi kita harus melihat dari sisi ideologi yang berbeza untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya. Anda harus sedar, apabila anda menjadi seorang fashion designer, maka secara tidak langsung ia meletakkan anda sebagai seorang entrepreneur. Jadi, mahu atau tidak, anda harus tahu mengenai segala elemen wajib dalam konteks dunia business itu sendiri.

How well do you manage your business? How good you control your cash flow? I mean cash in and cash out? How confident do you feel in your ability to manage them?

Kadang-kala, apabila berbicara mengenai ilmu yang mempunyai kaitan dengan ilmu business ini, bunyinya sedikit bosan. Finance, account, marketing, income statement, balance sheet dan sale.Tetapi, inilah hakikatnya. Realiti. Ini adalah perkara asas yang begitu penting dalam menjadikan hayat sesuatu perniagaan itu berada dalam jangka masa panjang dan mampu untuk bersaing dengan jenama yang lain. Fashion is business, and anything that related to business is in monetary terms. Cash! Jadi, begitu penting adanya team yang bagus dan memahami konsep perniagaan anda dengan fasih. Fashion designer itu sudah meletakkan anda sebagai seorang ketua dalam sebuah organisasi itu. Sebagai seorang ketua, semua aspek di atas ini harus diberi penekanan yang tinggi supaya setiap keputusan mahupun cadangan dibuat dalam kondisi yang relevan. Work smart not work hard. Saya begitu tertarik mengenai isu yang berlaku pada jenama mewah Burberry dan Mulberry yang pernah mendapat “profit warning” pada tahun lalu. Jelas, bukan? Alangkan jenama ini yang saya kira sudah senior dalam arena fesyen seantero dunia, juga menghadapi masalah tentang tahap penjualan mereka. Pada tahun 2015, sekali lagi dari kelompok “high-end brands”, jenama Michael Kors, juga menghadapi situasi yang sama di mana peratusan jualan merudum beberapa bulan pada tahun 2015. Ini secara tidak langsung menjejaskan imej jenama-jenama ini sebagai salah satu jenama mewah dalam dunia fesyen. Apa yang penting, setiap pelan yang dibuat dalam sebuah organisasi itu harus telus dan kukuh. Saya percaya pelan yang sistematik dapat menjana strategi yang efektif. Itu yang paling penting.

DEFINISI FESYEN

Sejauh mana setiap pereka kita khususnya pereka baru/muda yang memahami definisi fesyen itu sendiri? Sedalam mana mereka mengerti maksud fesyen itu mengikut kefahaman mereka? Dalam konteks ini saya percaya setiap pereka punya perspektif dari sisi yang berbeza mengenai maksud fesyen itu sendiri.

“Fashion is not something that exists in dresses only. Fashion is in the sky, in the street, fashion has to do with ideas, the way we live, what is happening” – Coco Chanel

“Fashion is about dressing according to what’s fashionable. Style is more about being yourself” – Oscar de la Renta

Mungkin sesetengah pereka menginterpretasikan maksud fesyen itu sebagai salah satu cara untuk mereka berkongsi mengenai rasa, emosi, perasaan mereka dalam bentuk yang artistik. Maka, ia lebih jelas dilihat dalam setiap perincian rekaan. Termasuklah dari segi fabrik, tekstur, dan juga pilihan warna. Apa-apa pun, sebagai seorang pereka fesyen, anda harus tahu maksud fesyen kerana bagi saya itu adalah perkara asas yang wajib difahami. Dari situ, barulah pelbagai idea rekaan dapat direka dan akhirnya dapat mempersembahkan sebuah rekaan yang menarik dan berkualiti tinggi.

TENTANG INDUSTRI

Saya percaya industri fesyen hari ini begitu sengit. “ Cut-throat industry”. Setiap masa pasti ada pereka baru yang hadir bersama rekaan masing-masing. Terutamanya pereka baru. Hadir dengan ideayang mistik mencipta seni yang artistik, mempersembahkan karya yang penuh inovatif dan kreatif. Fresh and young. Talented and gifted. Namun, ada juga yang hadir dengan rekaan yang begitu membosankan. Erti kata lain, copy & paste karya pereka sedia ada. Tidak kira rekaan pakaian mahupun aksesori seperti tudung, rekaannya seperti asal boleh sahaja. Langsung tidak menitikberatkan unsur etika dalam seni reka. Tapi dek kerana branding nya begitu kuat, sekelip mata menjadi pujaan ramai. Saya maksudkan instant designer. Menjadi suatu trend hari ini di mana kebanyakan selebriti mahu mencuba nasib dalam industri fesyen. Percaturan mereka hanya demi keuntungan serta mencari fame  semata-mata. Bila hadir bersama koleksi rekaan, amat menyedihkan. Agak kasar bunyinya. Tetapi ia hakikat. Realiti. Memang benar, dalam dunia fesyen ini semua orang bebas berkarya. Namun, tidak bolehkah memberi sedikit ruang untuk menganalisis serta mengkaji mengenai undang-undang dalam seni reka fesyen ini? Nanti, esok hari bila ditanya mengenai bagaimana penghasilan baju itu dibuat, mula terpinga-pinga mencari jawapan. Lantas, mula memberi jawapan yang tidak masuk akal. Rata-rata selebriti mahupun pereka muda, bila ditanya soalan seperti, “Baju ni, you buat macammana ya? Bagaimana untuk menghasilkan paten baju ini”. Jawapannya mudah, “I hantar tailor i je” ataupun “I tak tahu bab production ni. I just hantar gambar mana-mana design, dan hantar pada tailor untuk buat.”. Memalukan.

Jelas lagi nyata. Bila adanya isu sebegini berlaku dalam industri fesyen kita, maka sekali gus menjejaskan imej, reputasi serta kualiti industri kita. Setiap pereka khususnya pereka muda harus mencari identiti mereka sebagai seorang designer. Mereka harus mengkaji diri mereka sebagai seorang pereka fesyen. Bukan setakat, “I am a fashion designer. I love fashion. Fashion is my passion.!”. Malah, cari siapa anda sebagai seorang pereka fesyen. Bina trademark anda sebagai seorang pereka fesyen. Dari secara tidak langsung, terjemahkan signature anda dalam setiap rekaan yang anda hasilkan.  Ini adalah kunci rahsia kejayaan sebagai seorang pereka fesyen yang berjaya. Jadi diri sendiri. Mengilhamkan idea sendiri serta bermain dengan kreativiti kendiri. Bukan copy paste rekaan luar ataupun menghasilkan rekaan asal boleh. Saya tertarik untuk menjadikan jenama mewah Chanel sebagai contoh. Semua orang tahu rekaannya pasti classic dan vintage. Penggunaan palet warna yang sentiasa sama. Itu trademark nya. Christian Dior pula bagai meraikan kaum wanita, celebrates women. Elegan dan glamor. Tetapi apabila bercakap perihal rekaan dari Alexander Mcqueen, lain pula ceritanya. Avant-garde. Experimental design. Malah, berbeza. Unexpected design. Tuntasnya, mereka ini masing-masing punya identiti mereka sebagai seorang designer. Lihat dari rekaannya juga sudah tahu siapa mereka sebagai pereka fesyen.

Terang lagi bersuluh. Mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pereka fesyen tidak pernah salah. Malah, bagi saya sebagai individu yang punya kaitan dalam industri fesyen, kehadiran mereka amat saya nantikan. Idea yang berbeza. Setiap pereka punya nila kreativiti yang tak sama. Pastinya gabungan agung ini mencipta suatu dimensi mewah dalam industri kita. Namun, apa yang penting, ilmu itu harus ada. Sama ada ilmu fesyen mahupun ilmu perniagaan, semuanya berkait rapat. Jadi, nasihat saya, be bold, be different and be confident. Itu adalah kunci asas untuk mencapai kejayaan.

 

Teks : Putra Mokhter

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: