•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aspek ketenteraan yang menebal dalam diri menjadikannya insan besi mempunyai misi dalam diri. Sebagai seorang prajurit veteran tentera US berkhidmat demi negara, memerlukan jaminan tubuh dan fizikal sihat dan sasa. Dengan rupa menjadi taruhan, peragaan menjadi medan seterusnya untuk Logan Franklin tawani.

ENGGAN DIBULI

Mula membina otot sejak dari berumur 14 tahun, Logan adalah seorang budak remaja yang sentiasa merasakan tidak selamat apabila berada di luar rumah. ‘Saya sering dibuli dan dikacau oleh budak-budak nakal yang berbadan besar daripada saya. Saya takut dan saya tekad untuk berubah’, akuinya.

            Enggan dibuli lagi, Logan mula bersenam di gim rumah ayah saya. Sejak dari gred 7 hingga tahun senior, dia mula aktif dalam pelbagai sukan seperti bola sepak, rugbi serta motorcross bagi meningkatkan keyakinan.

            ‘Selepas 4 tahun kemudian, saya diberi peluang menyertai pasukan tentera pada usia 18 tahun dan menyertai skuad Divisyen Infantri ke 4 di Afghanistan. Pengalaman yang saya lalui di sana mengajar erti persaudaraan yang dibentuk hasil dari sikap tidak pernah berputus asa dalam memerangi keganasan di samping memberikan motivasi kepada orang lain’, jelas Logan.

DISIPLIN KETENTERAAN

Hampir beberapa tahun berkhidmat di negara orang, antara aspek yang digunakan bagi pengajaran hari ini ialah disiplin. Di sana, Logan sentiasa ditekan dan ditolak untuk sentiasa memperbaiki diri serta rakan yang lain. “Dalam apa jua kerja, elemen disiplin membantu dalam memberikan tumpuan kepada apa saja yang perlu dilakukan dan melakukan dengan betul, walaupun tiada siapa yang menonton”.

            Selain itu, sekiranya off duty, Logan bersama dengan rakan skuad akan menghabiskan masa melatih diri dan disiplin di gim bagi mendapatkan tubuh besi yang diperlukan. “Kehidupan di kem bukannya mudah. Perlu kuat dari segi ketahanan mental mahupun fizikal. Di gim saya akan sentiasa menekankan aspek upper body serta pemakanan untuk gaya hidup yang sihat. Dan kini selepas pulang dari bertugas, segala latihan saya bawa untuk ‘misi’ di tanahair pula.

            Akibat dari ledakan gambar-gambar Logan menayangkan susuk tubuh mulai viral di laman sosial, Logan menjadi model in demand dan mula diintai ramai jurugambar terkenal yang ingin ‘menembak’ dirinya untuk pelbagai kempen dan pentas peragaan seperti Luis Rafael, Michael Anthony Downs, Alex Wrightman dan ramai lagi.

            “Sejak dari itu, ia ibarat wakeup call buat saya bagi memastikan ketahanan tubuh saya kekal untuk jangka masa yang lama, dan modeling boleh dijadikan kerja kedua buat saya. Dari situ, saya saya tidak henti melakukan latihan di gim bagi memastikan tubuh saya sesuai apabila berhadapan dengan lensa kamera”, jelas Logan.

            Ditanya tiga jenis senaman kegemaran, ini jawapan Logan. “Secara jujurnya saya tidak tahu. Saya suka bersenam dan mencapai setiap pump di setiap kumpulat otot. Saya sentiasa mencampurkan variasi senaman agar saya tidak bosan dandapat merasai perkembangan setiap kali saya bersenam. Ya, saya akui ianya berbeza dari orang lain, tetapi itulah saya. Being normal is boring!”, akhiri Logan.

DIET MAKANAN HARIAN

Hidangan 1: 8 Telur Putih dengan yolk, 4 sudu camca krim

Hidangan 2: 7 kg ayam dan nasi putih (dimasak)

Hidangan  3: Whey Protein Shake dan 2 keping roti Ezekiel

Hidangan 4: 7 kg Dada ayam atau 8 kg daging, 3 ke 5 kg sayuran, asparagus, brokoli, bayam, kacang hijau dan 6kg kentang putih

Hidangn 5: 5 telur putih dan 1 bungkus oatmeal.  

Hidangn 6: Salad salmon, salmon, sayur-sayuran dan kacang walnut

 

RUTIN SENAMAN

Isnin: Incline Smith Press 4 x 15, 12, 10, 10 / Incline Dumbbell Fly’s 3 x 12-15/ Flat Barbell Bench Press 3 x 12-15Selasa: Dada / Tricep / Abs – Incline bench press: 5 sets x 8 – 20 reps / Incline hammer press: 4 sets x 8 – 15 reps / Dumbbell flat Fly’s: 4 sets × 10 reps

Rabu: Belakang badan / Abs – Lat Pulldowns Wide Grip: 4 sets × 10 reps / Low Row: 4 sets × 10 reps

one arm dumbbell row 3 sets x 8 -15 reps

Khamis : Rehat

Jumaat: Bahu / Traps – Seated Dumbbell Shoulder Press: 4 sets × 8 – 20 reps / Seated Lateral Side Raises: 4 sets × 8 – 20 reps

Sabtu: Kaki

Ahad: Rehat

 

 

 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: