• 282
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    282
    Shares

Rancang awal percutian anda

Pilihlah keperluan pakaian asas, praktikal, bergaya serta ringkas untuk dibawa dalam bagasi anda. Namun begitu, sebelum mengemas pakaian, senaraikan terlebih dahulu aktiviti yang akan dilakukan sewaktu bercuti supaya ia bersesuaian dengan tempat dan acara yang dikunjungi.

 

Antara aspek penting yang perlu difikirkan sebelum anda buat pemilihan pakaian:

-Saiz beg atau bagasi yang sesuai dan muat untuk keperluan yang perlu dibawa (termasuk ruang untuk kelengkapan dandanan diri)

-Cuaca di tempat destinasi anda

-Apa perkara utama yang akan dilakukan di sana

-Durasi percutian

Kita perlu fokus tentang jenis pakaian dan aksesori yang diperlukan serta sesuai, praktikal tetapi masih menarik dan bergaya untuk aktiviti serta acara daripada mula menjejakkan kaki di tempat percutian hingga selamat pulang ke rumah.

 

Ingat, percutian adalah sesuatu yang ceria. Pastikan anda bawa pakaian dalam warna kegemaran. Kadangkala kita perlu berani mencuba pakaian reka corak atau motif dan tekstur yang baru atau warna terang sebagai salah satu cara untuk menyemarakkan lagi mood percutian.

            Namun begitu, bagi mereka yang tidak berani bereksperimen, anda boleh memilih rona neutral seperti hitam, putih, kelabu, biru dan hijau zaitun (olive) yang juga sangat menarik digayakan dengan warna terang dan reka corak. Warna kasut yang paling mudah untuk disuai padan pula adalah hitam, putih ataupun perang (tan).

            Tetapi semuanya adalah pilihan individu. Apa yang penting anda bijak serta berani bereksperimen. Pemilihan fabrik pakaian pula adalah untuk keselesaan. Pilih pakaian dalam fabrik yang mudah dijaga (low maintenance). Contohnya fabrik kapas (cotton), linen, denim dan khaki.

Perlindungan kulit dari matahari juga jangan diabaikan. Anda disarankan membawa topi, kaca mata hitam dan paling penting krim pelindung matahari. Kita semua tahu bahawa jika kulit terlalu lama di bawah panahan matahari, proses penuaan akan lebih mudah berlaku serta kesan-kesan sampingan yang lain.

Cadangan pakaian bagi percutian yang panjang

-2 helai jean – biru, kelabu, hitam atau putih

-Sehelai seluar pendek

-Sehelai chinos

-Sehelai seluar formal (dress pants)

-2 kemeja polo

-2 kemeja

-Sepasang but atau kasut untuk beriadah

-Sepasang loafers

-Sehelai blazer

-Sehelai sweater

-Stoking dan pakaian dalam (underwear) untuk 7 hari

-Sepasang stoking sukan

-Pakaian untuk ke gym

-Pakaian untuk berenang

 

Cadangan pakaian untuk cuti hujung minggu (3 hari)

-Sehelai blazer

-Sehelai kemeja jalur (striped shirt)

-2 helai kemeja kasual – polo atau kemeja-t

-Sehelai chinos

-Sehelai jeans

-But atau kasut untuk beriadah

-3 pasang stoking – sekurangnya sepasang stoking sukan

-2 helai pakaian dalam (underwear)

-Pakaian renang

-1 tali pinggang

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: