• 420
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    420
    Shares

BENTUK PENIS KEKELIRUAN UTAMA LELAKI

Organ kelamin adalah komponen penting sekaligus menjadi peranan utama dalam hubungan seksual. Bagi lelaki, bentuk penis yang ‘besar’ dan ‘panjang’ menjadi kebanggaan utama dalam hubungan seksual. Namun, setiap individu mempunyai penilaian sendiri berkait bentuk penis. Lantas, bentuk penis yang bagaimanakah sewajarnya dimiliki lelaki, dan menjadi dambaan wanita?

 BENTUK PENIS DAN KELEBIHANNYA

Tidak dinafikan, wanita zaman kini masih mengganggap ukuran alat kelamin lelaki penting dalam memberikan kenikmatan saat berasmara. Selain saiz, bentuk alat kelamin lelaki yang tertentu juga menjadi titik ukur kerana berdasarkan kajian laman sesawang Galtime.com bertarikh 19 April, setiap bentuk mampu memberi indikasi berbeza ketika berlangsungnya seks. Jadi, jom kita lihat bentuk-bentuk penis dan anda adilinya sendiri.

1- BURRITO

Burrito merupakan sejenis makanan popular di Mexico. Ada lelaki yang memiliki penis bentuk seperti ini. Lelaki dengan penis berbentuk ini kebiasaanya memiliki saiz yang cukup besar, dimana ‘daging’ kelihatan senang untuk dikeluarkan dari ‘bungkusannya’. Ia panjang dan tebal.

Kelebihan – Mudah memberikan tekanan utama dan stimulasi ketika seks.

Kekurangan – Ya, ia mungkin besar dan cukup membanggakan bagi lelaki. Tetapi, jika terlebih agresif, ia bisa merobekkan dinding vagina pasangan anda, kerana alat sulit wanita memerlukan masa untuk pemanasan dan perenggangan.

2- PISANG

Bentuk paling popular dan menjadi idaman kebanyakkan lelaki. Ia cukup besar (tidak terlampau besar mahupun tidak terlalu kecil) dan sedikit melengkung ke atas. Masih mampu untuk melengkung ketika tegang.

Kelebihan – Saiz dan bentuknnya menawarkan gosokan  berterusan melancakan perjalanan seks.

Kekurangan – Masih ada lelaki yang berasa tidak selesa dengan bentuk penis jenis ini apabila ia terlalu melengkung ke atas.

3- PARUH BURUNG FLAMINGO

Ini serupa dengan bentuk pisang tetapi sebaliknya. Penis jenis paruh flamingo (jenis hook) ini melengkung ke bawah, sama seperti paruh burung flamingo.

Kelebihan – Sangat bersesuaian untuk pasangan melakukan seks jenis doggy style dan women on top.

Kekurangan – Dalam posisi konvensional, lengkungan penis tidak boleh untuk bergesel ke area G-spot.

 

4- PISTOL

Bentuk yang sangat kecil. Tidak panjang dan tidak tebal. Masih pendek jika tegang tetapi masih mampu untuk melaksanakan tuntutan seksual jika bijak bermain teknik memuaskan pasangan.

Kelebihan – Lelaki dengan aset kecil boleh memilih pelbagai posisi, selain seks lebih intim termasuk ciuman dan hubungan dengan tubuh. Mudah diasah di bahagian ‘kepala’ zakar bagi menghasilkan organism. Malah kelamin kecil cenderung untul lebih sensitive, malah jauh lebih menyenangkan untuk seks oral.

Kekurangan – Selalu ‘terlepas’ dari spot utama alat kelamin wanita kerana licin dan terlalu kecil.

TEMU BUAL BERSAMA DR ISMAIL THAMBY TENTANG BENTUK PENIS LELAKI

Maskulin sempat berhubung dengan Pakar Andrologi terkenal, Dr Ismail Thamby dan bertanyakan pendapat mengenai isu alat sulit lelaki ini.  

 

SOALAN: PANDANGAN WANITA MASA KINI MENGENAI BENTUK DAN SAIZ PENIS LELAKI.  PERLUKAH SEORANG LELAKI MENDAPATKAN PENIS YANG BESAR?

JAWAPAN: Banyak wanita menyatakan zakar keras atau ‘tajam’ dan mendonggak terbaik kerana dapat menawarkan geselan padu di langit faraj. Sebenarnya hanya 1/3 daripada corong faraj bermula dari luar mengandungi cukup urat saraf yang dapat memberi rasa dan nikmat rangsangan dari geselan anggota kelamin lelaki ketika proses itu dilakukan. Jadi, ini bermakna zakar tak perlu panjang, tapi perlu tegap dan tegang padat untuk memberi geselan padu kepada bahagian langit faraj yang kebetulan mengandungi banyak urat saraf yang mudah merangsangkan wanita, bahagian yang dikenali sebagai G-spot.  

SOALAN: APAKAH BENTUK DAN SAIZ PENIS LELAKI YANG BENAR-BENAR IDEAL?

JAWAPAN: Purata saiz zakar lelaki ketika ereksi ialah 13 cm panjang dan ukur lilit 12 cm. Dalam satu masa bentuk dan zakar boleh berubah, iaitu kembang padat dan kelihatan kemerahan di penghujung atau kelihatan kurus dan kecil dan kecut dibahagian hujung. Perubahan ini dalam pengaruh, tahap rangsangan, perasaan keberahian dan galakkan pasangan. Sudah tentu jika dah lama tak beraksi, perasaan nafsu dapat membangkitkan ereksi yang amat padat dan pencapaian saiz dan bentuk yang agak luar biasa. Untuk lelaki kurus, ia berjuntai dan kurus dan untuk sesetengah lelaki yang tidak tahan sejuk, zakar kelihatan kecut, dan tertarik ke dalam. Tapi semua ini akan berubah apabila lelaki berada dalam keadaan hangat seksual dan bersedia untuk beraksi. Sememangnya zakar kecil apabila tidak digunakan .Bayangkan zakar yang sentiasa besar.Alangkan sukar untuk bergerak, berjalan atau berlari.

 

SOALAN: ADAKAH BENTUK ZAKAR AKAN MEMPENGARUHI KESUBURAN LELAKI?

JAWAPAN:  Anggota kelamin lelaki berperanan sebagai penyalur air mani yang mengandungi sperma atau benih lelaki dalam faraj atau salur reproduktif perempuan. Ia tidak mempengaruh isi padu atau kualiti sperma. Buah zakar menghasilkan sperma dan jika kilang sperma aktif, maka kuantiti dan kualiti sperma mantap. Jadi saiz dan bentuk zakar tidak mempengaruhi kesuburan lelaki atau mempengaruhi isi padu atau kualiti sperma. Lelaki yang mengamalkan gaya hidup sihat, dengan tidak merokok, tidak minum minuman keras dan elak dari terdedah kepada kepanasan dan kimia dapat menjaga kesuburan dan kesihatan seksual dengan baik.

 

 INFO PATUT TAHU

1- Penis besar dianggap indeks kejantanan yang menegaskan gender pemiliknya. Seseorang dengan penis besar beruapaya untuk memancarkan kepercayaan dan keyakinan diri. Kedaan ini seperti ini cenderung untuk membuat wanita merasa lebih nyaman ketika melakukan hubungan seksual bersama.

2- Terdapat sebilangan lelaki yang megah dengan anggota kelamin mereka. Keadaan psikologi ini dipanggil (Penis Proud atau Penis Pride) sehingga mereka sanggup mencuba pelbagai cara untuk membuatkan anggota kelamin mereka itu besar. Mereka menanam bebola besi atau plastik disekeliling zakar atau memasukkan dawai dikeliling zakar. Ada juga yang menindik dibahagian bawah penghujung zakar.Yang terbaru yang mereka lakukan ialah menjalani suntikkan minyak atau silikon dibawah kulit untuk membesarkan zakar.

3- Menurut profesor urologi di Southern Illinois University School of Medicine, Amerika Syarikat, Tobias Kohler, MD, alat kelamin lelaki harus dilatih ereksinya setiap hari bagi menjaga bentuknya. Bagi menjaga dan  mendapatkan bentuk penis yang sihat, otot penis harus dialiri dengan darah yang kaya oksigen secara berkala bagi membuatnya tegak dan membesar (ereksi).

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: