•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Cara terpantas untuk membakar kalori dalam masa 20 minit adalah dengan membuat senaman melibatkan keseluruhan otot termasuklah otot kaki dan badan. Kaedah ini dijangka membakar lebih 350 kalori berbanding senaman biasa hanya membakar 200 kalori untuk 20 minit.

 

Senaman ini bukan sahaja memfokuskan pada pembakaran kalori tetapi meningkatkan kekuatan otot. Lagi banyak otot yang anda bina, lagi tinggi metabolisme anda. Lakukan rutin senaman ini untuk  tiga kali seminggu dan sebanyak 20 hingga 30 pengulangan. Kemudian rehat 1 minit dan lakukan sebanyak 3 hingga 4 circuit/set.

  1. SUMO DEADLIFT

-Sumo deadlift menggunakan otot kaki secara keseluruhan. Senaman ini boleh dilakukan dengan mengguna berat beban sendiri (bodyweight) atau menggunakan beban seperti dumbbell dan iron plate.

-Mulakan pada posisi berdiri tegak dengan kaki dibuka luas seperti dalam posisi sumo hujung kaki menghadap ke penjuru. Keluarkan pinggul (butt out) dan pastikan badan dalam keadaan tegap.

-Kemudian mulakan pergerakan dengan merendahkan badan dan menarik nafas sehingga dumbbell mencecah lantai dan tolak kembali ke posisi permulaan.

  1. IRON CROSS

-Mulakan senaman ini dengan berdiri tegak dan kaki di buka seluas lebar bahu (shoulder)  dengan memegang dumbbell menghadap ke sisi.

-Kemudian mulakan pergerakan dengan mengerakkan tangan ke hadapan anda. Pada masa yang sama lakukan squat dengan menarik nafas.

-Apabila anda menolak badan anda ke posisi permulaan, hembus nafas dan  letakkan dumbbell ke sisi kembali.

  1. DUMBBELL SWING

-Senaman ini kebiasaannya dilakukan dengan menggunakan kettlebell. Senaman ini membina otot pada kaki, abdominal serta otot di bahagian belakang tubuh badan. 

-Buka dan jarakkan kaki anda selebar bahu anda dengan hujung kaki anda menghadap ke penjuru. –Kemudian mulakan pergerakan dengan menghayun dumbbell sehingga tangan anda lurus ke hadapan. Pastikan tulang belakang anda sentiasa tegap dan tidak melengkung.

  1. SNATCH

-Senaman ini menggunakan hampir keseluruhan otot. Ia memerlukan kalori atau tenaga yang banyak secara tidak langsung membakar lemak pada badan anda. Senaman ini perlu dilakukan dengan laju (explosive power).

-Kebiasaannya senaman ini dilakukan dengan menggunakan barbell . Bagi mereka yang baru mencuba, boleh menggunakan dumbbell.

-Mulakan dengan posisi berdiri tegak dan pegang dumbbell dengan meletak di hadapan kaki seperti dalam posisi deadlift.

-Kemudian angkat dumbbell tegak ke atas dalam masa yang sama lakukan squat dan berdiri tegak. Ulangi pergerakan ini.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: