• 33
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    33
    Shares

Bukan semua pengembara suka mengharungi penerbangan jarak jauh  ketika melancong ke luar negara.  Baru setakat ke Australia selama 6-7 jam pun sudah pening kepala. Cuba bayangkan kalau anda terbang ke Switzerland (Eropah), selama 12 jam. Itu belum lagi ke Amerika yang memakan masa sekitar 20-22 jam. Memang mati kutu duduk lama-lama dalam kapal terbang. Budak-budak 90 an kata “Memang berjanggutlah menunggu!”

Sebenarnya ada cara menghilangkan kebosanan melampau yang melanda diri kamu sewaktu long haul flight. Ikuti cara lelaki yang dikenali sebagai Wan Farhan (kakikujalanjalan.blogspot.my) dalam mengharungi penerbangan jarak jauh ketika bercuti.

1. Sediakan Hiburan

Kalau kapal terbang bertaraf ‘national carrier’ seperti MAS, memang kamu boleh layan filem atau permainan video pada skrin yang disediakan. Tetapi, macam mana pula bila naik penerbangan tambang murah? Takkan nak sewa gajet kot? Kena tambah kos lagi. Jawapannya, kena bawa sekali Ipad atau tablet yang kamu ada dan isi di dalamnya filem-filem atau aplikasi permainan yang kamu suka. Bateri juga perlu caj sepenuhnya sebelum penerbangan dan jangan lupa beli headphone sekali agar bunyi daripada tablet anda tidak menggangu orang lain. Untuk yang travel dengan anak-anak, muat turun cerita-cerita kartun yang mereka suka atau bawa sekali game board yang mudah seperti papan dam atau mini Saidina untuk habiskan masa terluang.

 

2. Minum Banyak Air Kosong (Elakkan kafein!)

Apabila travel long haul flight, perasan tak kita akan mudah rasa haus, lesu tapi susah nak tidur? Sebabnya badan korang mengalami dehidrasi akibat terlalu lama sangat berada pada altitud yang tinggi hingga membuatkan korang rasa haus. Cara nak cepat tidur, banyakkan minum air kosong. Kalau nak lagi mudah tidur, amalkan minum Teh Cina atau Teh Jepun, mesti kamu akan lebih mudah untuk tidur. Untuk air kosong, beli sesudah melepasi checkpoint imigresen dan minum sebelum boarding. kalau beli sebelum itu nanti keran rampas pula botol air yang dibeli. Seperkara lagi, elakkan minum minuman bergas dan berkafein kerana kerana ia akan membuatkan kamu sukar tidur!

3. Senaman Ringan

Lakukan senaman ringan, terutamanya apabila nak ke tandas atau dalam tandas lapangan terbang untuk regangkan semula otot-otot badan kamu. Kalau mahu cara lebih mudah, bangun dari kerusi dan pergi meronda daripada kerusi hadapan sampai ke kerusi belakang sebelum duduk semula di kerusi kamu. Sekurang-kurangnya takdelah badan terasa ketat sangat.

4. Bawa Buku & Majalah

Bawa buku dan majalah yang tebal-tebal sikit. Kalau dalam penerbangan yang berbelas jam, boleh baca buku-buku itu sampai ‘lebam.’ Tidak kisahlah buku bahasa Inggeris ke atau

majalah kesukaan kamu. Inilah masanya untuk kamu mula balik membaca buku dan tinggalkan sekejap gajet-gajet yang ada.  

5. Selesakan Diri

Cara mudah nak selesakan diri ketika penerbangan jarak jauh ialah dengan memakai pakaian yang sesuai. Pakai pakaian yang ‘light weight,’ tidak terlalu tebal dan kalau boleh materialnya diperbuat daripada kapas. Kalau mahu bawa jaket, bawa yang ‘light weight’ agar mudah dilipat dan disimpan seperti jaket Uniqlo. Untuk memudahkan kamu tidur. Boleh juga bawa eyemask dan neck pillow.

6. Make Friends!

Kalau pandai, cuba cari akwan berbual, kalau anda travel solo atau kawan yanga da dah tidur! Bila sudah banyak berbual, penerbangan yang diarasakan lama akan rasa sekejap sahaja.

 

Sumber Wan Farhan (kakikujalanjalan.blogspot.my) 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: