•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Makan Minum Gaya Rasulullah

Aisyah berkisah: “Aku minum air dari sebuah gelas, kemudian Rasulullah mengambil gelas itu dan meminumnya juga. Dibekas bibir saya itulah Rasulullah menghirup minuman. Aku menggigit makanan, dan Rasulullah juga meletakkan mulutnya dibekas bibir saya” (HR.Muslim).

Hadis ini mengambarkan bahawa kita harus membina ikatan yang baik dengan isteri.  Isteri umpama permata yang berharga.  Ia perlulah dijaga dan dibahagiakan. Amalan suap isteri adalah amalan yang baik. Ikatan erat akan terjalin.

Melalui perkongsian Taufiq Razif di media sosialnya tentang amalan menyuap isterinya.

“ Saya sebenarnya masih terkejut bila ada yang PM saya dan bagitahu suaminya jadi sangat ganas sampai sanggup pukul si isteri sampai berlaku pendarahan dalam otak!

Saya tak nak benda ni berlaku pada anak-anak saya. Saya taknak kitaran ganas ni berlegar dalam keluarga saya jadi perkara pertama saya buat adalah suap menyuap dengan isteri saya depan anak-anak saya.

Kenapa?

1. Anak kita yang masih kecil ni paling banyak belajar melalui meniru ataupun biasa saya panggil dengan istilah mirroring. Apa yang dia selalu lihat tu la yang nak nanti dia akan selalu buat bila dah besar nanti.

2. Saya sengaja suap isteri saya sebab saya nak ajar anak perempuan saya bahawa lelaki ganas ni tak sesuai dibuat suami.

3. Saya sengaja suap isteri saya sebab saya nak ajar anak lelaki saya, cara terbaik melayan pasangan hidup adalah dengan berlemah lembut dan penuh hikmah. Saya percaya Mirror Neuron dalam diri anak-anak saya akan membuatkan mereka belajar untuk meniru perbuatan saya ni bila dah besar nanti.

 

P/s : Tolong ajar pasangan masing-masing ilmu ni ye. InsyaAllah akan sangat bermanfaat untuk rumahtangga kita dan rumahtangga anak-anak kita suatu hari nanti

Sumber : Taufiq Razif

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: