• 362
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    362
    Shares

Hiperseks adalah suatu bentuk obsesi yang berlebihan terhadap seks yang memberikan lebih banyak keburukan kepada si penderita termasuk juga bagi orang lain yang berkaitan dengannya. Tanda yang paling umum dan ketara adalah ketidak mampuan si penderita untuk mengendalikan keinginan berhubungan seks sehingga kadangkala ia bertukar menjadi sebuah kejahatan seperti kes perkosaan, mencuri pakaian dalam, bahkan ada yang sanggup memperkosa binatang.

SANGAT JARANG BAGI PENDERITA HIPERSEKS INI UNTUK PERGI MEMBUAT PEMERIKSAAN DIRI KE DOKTOR. MEREKA AKAN MENGANGGAP DIRI MEREKA SIHAT DAN NORMAL NAMUN IA BUKANLAH SEPERTI YANG MEREKA SANGKA.

Biasanya mereka ini hanya akan pergi mendapatkan rawatan apabila mendapat dorongan dari pasangan atau keluarga. Menurut kebanyakan pakar, hiperseks di sebut juga gangguan seksual atau perilaku seks kompulsif di mana si penderita tidak kira samada lelaki atau perempuan akan memiliki obsesi berlebihan dan imajinasi dan perasaan terhadap seks yang begitu ekstrem sehingga ia mampu untuk mengganggu kehidupan dan kesehatan.

Berikut adalah antara 10 tanda tanda yang lazim dijumpai pada seseorang yang mengalami masalah hiperseks:

1. Berselingkuh atau memiliki seseorang yang akan melayani nafsunya di luar nikah.

2. Seks yang tidak dapat dikendalikan dengan baik kerana terlalu obsesi.

3. Gemar melakukan onani atau masturbasi secara yang berlebihan.

4. Menganggap pasangan mereka sebagai objek seks (pelampias nafsu)

5. Suka berganti pasangan dan tidak boleh kekal dengan satu-satu pasangan.

6. Melakukan gaya seks yang tidak normal dan ganas

7. Melakukan kegiatan seks yang cukup berisiko tanpa mepedulikan orang lain (seperti sanggup memperkosa anak-anak)

8. Gemar untuk membuka dan melayari laman-laman web bercorak pornografi

9. Menjadikan seks sebagai cara untuk mereka melepaskan diri terhadap masalah yang di hadapi seperti kesepian.

10. Melakukan seks sehingga ianya mampu untuk mengganggu kehidupan kesehatan dan pekerjaan.

Jika anda memiliki paling sedikit 3 di antara 10 daripada petanda tersebut maka anda sudah boleh dianggap sebagai penderita hiperseks. Di mohon agar anda segera membuat pemeriksaan diri ke doktor pakar yang bertauliah.

 

sumber: lelakisihat.com

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: