• 31
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    31
    Shares

Doktor yang merawat ketawa kecil dan berkata dalam hati “ Appendiks tu organ, dik. Nama penyakit tu sebenarnya appendicitis

Persoalan ini selalu diajukan kepada doktor jika seseorang itu mengalami sakit perut. Tetapi tahukah anda istilah appendiks itu merujuk kepada struktur yang terletak di usus besar dan setiap bayi yang lahir mempunyai appendiks. Ia bukan nama penyakit tersebut.

Istilah yang betul adalah APPENDICITIS. Ia membawa maksud pembengkakkan atapun keradangan pada bahagian appendiks.

Appendiks = strukur dalam badan
Apppendicitis = Appendiks yang sedang keradangan(Inflammed)

APAKAH APPENDIKS?

Appendiks merupakan struktur yang terletak pada permulaan usus besar. Bahagian permulaan usus besar ini dipanggil sebagai ‘cecum’. Appendiks merupakan satu unjuran kecil pada cecum dan panjangnya adalah lebih kurang 8-10cm. Ia terletak di bahagian bawah abdomen sebelah kanan.

FUNGSI APPENDIKS

Struktur Vestigial

Kebanyakkan pendapat mengatakan Appendix merupakan struktur Vestigial iaitu struktur ataupun organ yang kehilangan fungsinya apabila berlakunya proses evolusi ataupun perkembangan daripada embrio kepada orang dewasa.
Tetapi dapatan yang terbaru menunjukkan appendiks mempunyai fungsi yang penting bagi usus manusia sebagai contoh menjadi perumah kepada bakteria baik dalam usus

Menjadi perumah kepada bakteria baik dalam usus

Kajian terbaru mendapati bahawa appendiks menjadi perumah kepada bakteria baik di dalam usus. Ia akan melepaskan bakteria baik ke dalam usus besar dan melindungi usus besar daripada jangkitan kuman bakteria yang jahat. Ini akan mengelakkan penyakit seperti cirit-birit berlaku kepada seseorang.

Ketika mana jangkitan kuman berlaku, bakteria baik ini akan duduk di dalam appendiks sehinggalah bakteria jahat itu dihapuskan oleh badan. Setelah jangkitan kuman hilang, bakteria baik ini akan dilepaskan semula untuk melindungi usus besar.

Ada juga kajian mendapati bahawa, mereka yang telah menjalani pembedahan buang appendiks mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalami radangan usus besar disebabkan jankitan kuman Clostridium Defficile.

Imun dan sistem limfa

Appendiks juga mempunyai sistem limfa yang kompleks pada dindingnya. Dikatakan ia bertindak sebagainya struktur yang akan mengesan bakteria-bakteria jahat yang baru sahaja memasuki usus besar. Kemudian mereka akan menghasilkan antibodi untuk melawan bakteria tersebut.

 

PENYAKIT APPENDICITIS

Appendicitis merupakan salah satu punca sakit perut yang teruk. Ia disebabkan keradangan yang berlaku pada struktur appendiks.

Diagnosis

Bagaimana hendak mengetahui seseorang itu mempunyai appendicitis ataupun tidak?
Diagnosis appendicitis boleh dibuat dengan berdasarkan pemeriksaan klinikal sahaja. Bermaksud dengan hanya mendapatkan sejarah pesakit berserta pemeriksaan doktor, diagnosis appendicitis dapat dibuat.

Pemeriksaan seperti ultrasound scan, CT-scan dan sebagainya digunakan ketika mana terdapat masalah dalam diagnosis tersebut. Jika pesakit datang dengan simptom yang pelik dan tidak diketahui puncanya, mungkin Ultrasound scan dan CT-scan dapat membantu dalam mengetahui masalah yang dialami oleh pesakit.

Sejarah Pesakit

Sakit perut merupakan salah satu simptom yang selalu dikatakan oleh pesakit appendicitis. Kebanyakkan pesakit appendicitis pada mulanya akan mengadu sakit perut bahagian tengah di kawasan pusat dahulu. Kemudian ia bergerak ke bahagian abdomen sebelah kanan bahagian bawah.

Kajian menggunakan cara meta-analisis menunjukkan sakit perut yang bergerak daripada bahagian tengah kemudian kebahagian kanan sebelah bawah mempunyai kaitan yang kuat dengan penyakit appendicitis.

Tetapi, ada sesetengah pesakit appendicitis yang mempunyai simptom yang berlainan daripada simptom-simptom tersebut. Ini disebabkan lokasi appendiks yang boleh berubah-ubah. Seperti yang diterangkan di atas, appendiks merupakan satu unjuran yang keluar daripada ‘cecum’. Ia dikatakan sebahagian usus besar yang tidak membesar. Disebabkan ia seperti satu jari yang panjang, maka lokasi appendiks berlainan bergantung kepada individu.

Lokasi yang berlainan inilah yang akan memberikan simptom yang berlainan kepada pesakit sebagai contoh:

1) Retrocaecal/retrocolic: Bermaksud appendiks terletak di bahagian belakang caecum. Pesakit appendicitis selalunya akan mengadu sakit belakang bahagian kanan. Kesakitannya akan bertambah apabila kaki kirinya di kepak kebelakang. Tanda ini dinamakan sebagai ‘Psoas sign’

Ia disebabkan lokasi appendiks dibelakang cecum akan bersentuhan dengan otot ‘psoas’ yang terletak dibelakang bahagian badan kita. Apabila kaki dikepakkan(extension of hip) ke belakang, ia akan menegangkan otot psoas yang sedang radang dan ini menyebabkan pesakit berasa sakit dibahagian belakang badan

2) Subcaecal/pelvic: Bermaksud appendiks itu terletak dibawah ‘caecum’ ataupun di dalam pelvis. Ini akan menyebabkan sakit di bahagian ari-ari dan pesakit akan asyik merasakan ingin membuang air kecil dan mengalami cirit-birit. Pesakit mungkin tidak akan mengadu sakit perut yang teruk tetapi apabila pemeriksaan pada dubur(per rectal) dibuat, pesakit akan mengadu kesakitan.

Ia disebabkan kedudukan appendiks di dalam ruang pelvis juga akan menyebabkan keradangan pada bahagian pundi kencing dan juga rectum. Rectum merupakan bahagian terakhir usus besar sebelum ia keluar melalui dubur(Anus).

Pemeriksaan Per Rectal adalah dengan cara memasukkan jari ke dalam dubur untuk memeriksa beberapa perkara seperti prostate, keadaan najis dan juga appendiks yang terletak dibahagian subcaecal

3) Pre-ilea dan post ileal – Tanda dan simptom mungkin suk
ar untuk dilihat. Muntah-muntah dan cirit-birit merupakan salah satu petanda appendicitis dibahagian ini.

TANDA-TANDA

  1. Demam melebihi 38 darjah celcius
  2. Denyutan nadi yang laju. Istilah perubatannya tachycardia. Denyutan jantung melebih 100 bagi orang dewasa
  3. Sakit bahagian kanan sebelah bawah apabila ditekan(tenderness at Right Iliac Fossa)
  4. Titik yang paling sakit adalah pada titik McBurney. Lokasi titik tersebut terletak 2/3 diantara pusat dan jugak ‘Anterior Superior Iliac Spine’(Unjuran tulang iliac bahagian atas dan depan. Tulang iliac merupakan salah satu daripada tulang pelvis.
  5. Guarding. Bermaksud apabila kita tekan kawasan(McBurney’s point) tersebut, pesakit akan cuba menolak tangan kita ataupun cuba mengalihkan kawasan badan itu disebabkan sakit yang terlampau. Kawasan tersebut juga akan sedikit keras disebabkan ototnya menegang seolah-olah melindungi kawasan ‘appendicitis’ tersebut

PUNCA KERADANGAN APPENDIKS

Setakat ini, punca Appendicitis masih lagi tidak diketahui. Ia kemungkinan dipengaruhi pelbagai faktor seperti keadaan dalam appendiks yang tersumbat, diet dan juga keturunan. Tetapi tiada lagi punca yang spesifik yang telah ditemui

RAWATAN

Rawatan ‘appendicitis’ adalah pembedahan untuk buang struktur appendiks tersebut. Walaupun wujud kajian yang menyatakan keberkesanan penggunaan antibiotik adalah sama seperti pembedahan, tetapi ia juga menyatakan penggunaan antibiotik sahaja akan menyebabkan kadar ‘appendicitis’ berulang(Recurrent appendicitis) menjadi tinggi.

Ini akan mendedahkan pesakit kepada komplikasi appendicitis yang berbahaya seperti appendiks pecah. Appendiks pecah merupakan salah satu komplikasi yang ditakuti oleh doktor bedah. Ini kerana apabila pecah, najis di dalam usus akan keluar ke dalam ruang abdomen dan menyebabkan seluruh abdomen menjadi keradangan. Pesakit mungkin akan kehilangan nyawa pada ketika ini.

Oleh sebab itu, rawatan yang paling tepat bagi pesakit yang mempunyai appendicitis adalah dengan pembedahan untuk buang appendiks tersebut.

Kemajuan teknologi perubatan masa kini telah menemukan cara dan juga teknologi pembedahan yang canggih. Pada dahulunya pembedahan buang appendiks yang dikenali sebagai ‘appendicectomy’ memerlukan pemotongan bahagian abdomen untuk membuang appendiks tersebut.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: