• 48
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    48
    Shares

Perasan tak, kita boleh menjaga adab-adab berdating dan bermeeting dengan manusia lebih baik daripada adab dengan Pencipta? Mari kami senaraikan kesilapan-kesilapannya.

Tampil bersih, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang cantik. 

Cuba keluar rumah tak gosok gigi, tahi mata air liur basi menghiasi muka, agak-agak ada tak orang nak tengok kita? Maka, perkara yang sama apabila kita menghadap Tuhan. Kalau kita takut orang bau nafas mulut kita yang tak sedap itu, cuba kita amalkan gosok gigi setiap kali sebelum solat juga.

Kalau nak keluar tu, wajib colet minyak wangi, sembur perfume sebotol, tudung wajib bergosok ok. Kalau menghadap Allah kita macam mana pula?

 

 Hadir di awal waktu.

Kita selalu tepati waktu meeting, dating sebab kita tak nak buat orang lain tertunggu-tunggu. Mungkin orang tu akan marah dan kecewa. hmm.. cuba bayangkan, betapa sabarnya Allah dengan kita selama ini. Berapa kali kita solat awal waktu? Solat di akhir waktu memang selalu lah kan.
 
 
Tumpukan perhatian.
 
“Alaa, you ni kenapa? I ada depan mata you, tapi fikiran you kat tempat lain.. Ish, bencilah I!”
sambil Si Amoi tergedik-gedik mencebik. 
 
Kalau fikiran kita melayang sewaktu berdating dengan makhluk bernama manusia pun akan dimarahi. Bayangkan kalau fikiran kita melayang sewaktu berdating dengan Pencipta. Dah lah tak sampai 5 minit waktu yang diluangkan untuk solat, fikiran pun entah ke mana tak tumpu pada bacaan. hmm.. yok cek sama-sama..kita cuba fahamkan bacaan dalam solat ya.
 
Tenang dan tidak tergesa-gesa.
Kalau dalam meeting, ada tak kita tergaru-garu, bergerak lebih-lebih depan orang ramai sekalipun ada semut gigit, mesti kita cuba tahan bukan? Kalau kita boleh luangkan masa yang lama dalam meeting sampai dua tiga jam tidak tergesa-gesa, mari cuba tidak laju-laju dalam sempurnakan solat. Tak akan ke mana urusan dunia, tambahan pula kalau kita tergesa-gesa untuk hiburan semata. Sama-sama kita cek balik ok?

 
Banyakkan komunikasi.
Salah satu tips untuk kita lebih dekat dengan seseorang adalah dengan meluangkan masa yang banyak dengan mereka. Barulah kita dapat kenal hati budi, perangai, citarasa mereka. Sama juga halnya, kalau kita nak lebih rapat dengan Tuhan kita.

Banyakkanlah solat sunat dan membaca Al-Quran. Sebenarnya semakin banyak masa yang kita luangkan, semakin kuat kebergantungan kita kepadaNya. Adulah semua perkara kepada Allah. Bisikkan kata-kata pujian kepadaNya. Semua ini akan kembali kepada kita, Allah takkan pernah rugi apa-apa pun sekiranya kita beriman atau tidak. Kitalah yang akan rugi sebenarnya kalau kita sia-siakan masa kita dengan perkara-perkara lagha.

Baca surat Cinta.

Kalau kita jatuh hati pada seseorang, admire somebody, mesti kita akan selalu terfikir pasal dia kan? Baca mesej ulang-ulang kali, stalk fb, semua perkara kita nak update. Macam mana kita nak aplikasikan dengan Allah?

Bacalah Al Quran beserta maknanya. Bayangkan Dia sedang bercakap dengan kita. Macam-macam sangat nasihat, peringatan serta janji Allah dalam Al-Quran. Itulah sms atau surat cinta yang wajib kita baca selalu. Bukan stalk fb atau blog atau twitter orang ok? 🙂

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: