•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penyakit diabetes di Malaysia bukan hanya dihidapi oleh golongan tua. Malah, golongan muda juga turut terjebak. Maka tidak hairanlah Malaysia berada pada kedudukan ke-10 paling ramai pengidap diabetes.

Risau dengan risiko diabetes dan mahu kurangkan makan makanan manis tetapi tidak berjaya? Ikut cara di bawah ini.

1. Kalau anda seorang penggemar minuman berkarbonat, kami faham bagaimana rasa payahnya untuk berhenti minum apatah lagi dengan serta merta. Badan anda sudah terbiasa dengan kandungan gula tinggi dan ia sentiasa menimbulkan rasa ingin menikmati ‘kemanisan’ berkarbonat secara berterusan.

Cuba gantikan minuman tersebut dengan minuman soda diet rendah yang boleh mengurangkan kalori dan kemudian letakkan beberapa hirisan buah seperti lemon. Nampak seperti tiada apa. Sebenarnya dengan cara ini, anda berjaya mengurangkan 10 sudu gula seperti kebiasaan yang terdapat dalam satu tin minuman bergas.

2. Minuman yogurt perisan buah biasanya mempunyai kira-kira 30 gram gula untuk setiap hidangan. Kalau teringin sangat makan yogurt, makanlah yogurt kosong. Untuk ‘balas’ rasa kosong itu masukkan sedikit buah-buahan segar yang anda potong sendiri dengan sedikit kulit kayu manis. Sedar tak sedar, anda sudah berjaya kurangkan dua hingga empat sudu gula ketika menikmati yogurt.

3. Cuba lupakan snek ringan seperti gula-gula, biskut atau cokelat. Sebaliknya, gantikan dengan sayur-sayuran, buah-buahan yang tinggi serat seperti epal dan beri ataupun bertih jagung. Dengan cara ini, anda berjaya kurangkan kira-kira dua hingga 10 sudu gula.

4. Pencuci mulut tidak semestinya perlu manis dan elakkan yang mempunyai banyak kandungan gula. Ambil pencuci mulut semula jadi seperti buah limau gedang, tembikai atau buah pic. Dengan cara ini, anda berjaya kurangkan dua hingga 10 sudu gula.

Kesimpulannya, tiada orang yang tidak suka makanan manis. Tetapi anda perlu mengawal jumlah kemanisan dalam makanan sebaik mungkin. Satu lagi fakta menggerunkan ialah bukan orang yang mengalami masalah berat badan sahaja yang boleh terkena diabetes.

Malah, mereka yang berbadan kurus juga tidak terkecuali. Penyakit diabetes juga boleh menjejaskan keupayaan anda sebagai lelaki daripada segi kesuburan dan masalah ereksi!

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: