• 25
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    25
    Shares

 

Komunikasi ketika bersama pasangan merupakan perkara paling penting dalam perhubungan perkahwinan anda. Kajian mendapati bahawa perempuan lebih sukar untuk orgasm berbanding lelaki. Kebanyakkan lelaki Malaysia, Melayu terutamanya tidak begitu minat berkomunikasi bersama pasangan ketika menjalinkan hubungan pada waktu malam.

 

Kerana itu, banyak kes penceraian berlaku disebabkan oleh tidak mengetahui nikmat ketika bersama dengan pasangan. Sebagai seorang lelaki, anda harus mengetahui timing yang sesuai untuk pasangan anda mencapai orgasm bersama-sama dengan anda.

 

Berbual dengan pasangan anda

Jangan segan untuk berbual mengenai isu ini bersama pasangan anda. Jika anda punya masa, tanya pendapat mereka mengenai hubungan seksual anda. Mungkin mereka tidak puas hati dengan rutin anda setiap malam, tapi mereka tidak berani menyuarakan pendapat mereka. Jika anda memberi peluang untuk mereka luahkan isi hati mereka, pasti banyak penambahbaikkan yang boleh anda buat.

 

 

Ketahui bahagian-bahagian penting pasangan anda

Jangan main belasah saja ketika bersama. Ambil tahu bahagian-bahagian penting pasangan anda supaya anda berdua capai orgasm bersama-sama. Menurut Men’s Health, kajian pada tahun 2017 menunjukkan hanya 65% wanita mencapai orgasm. Ini kerana kebanyakkan wanita hanya berfikir untuk memuaskan nafsu pasangan mereka, namun kepuasan mereka diabaikan. Anda pasti tidak mahu wanita berasa bahawa perkahwinan dan sex bukanlah satu perkara yang indah. Menurut Men’s Health juga, leher wanita merupakan kunci untuk mereka ‘turn on’. Anda tidak perlu melakukan hubungan seks dengan pasangan anda secara agresif, dengan hanya ketahui beberapa bahagian penting cukup untuk anda berdua menikmati alam perkahwinan.

 

Ketahui jadual harian mereka

Tahukah anda bahawa perempuan boleh mencapai tahap orgasm dalam 15 minit sahaja? Cepat kan? Selain daripada berbual dan mengetahui bahagian-bahagian penting pasangan anda, ketahui jugajadual harian mereka. Jangan disebabkan anda nak puaskan nafsu anda, penat pasangan anda diabaikan. Cari masa-masa yang sesuai untuk bersama. Lihat juga artikel 5 Punca ‘Malam’ Anda Bersama Pasangan Anda Hambar. Tips Untuk Pelbagaikan ‘Malam’ Anda bagi mengetahui masa-masa yang sesuai untuk tidur malam anda tidak hambar. Anda pasti tidak mahu pasangan anda tertidur tanpa sedar ketika sedang bersama bukan?

 

 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: