• 183
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    183
    Shares

Dating Introvert Man

 

Merasa pasangan terlalu pasif dan kurang terbuka dengan anda? Jangan bimbang. Hubungan anda dan dia masih boleh tetap dilanjutkan. Biasanya, jenis lelaki introvert akan lebih banyak diam dan lebih sering menyendiri untuk menambah energinya. Menghadapi pasangan seperti ini pasti tidak mudah kerana ia buat energi anda ikut terjejas.

Diam Bukan Bererti Sombong
Pasangan yang memiliki keperibadian introvert, biasanya akan lebih banyak diam, sehingga anda perlu lebih berusaha untuk memulai percakapan. Bahkan teori yang selama ini mengatakan bahawa seorang lelaki akan tertarik pada wanita bila dia sering diajak berbual, tidak berlaku pada lelaki  introvert. Lelaki introvert tidak banyak bicara, tetapi setiap mereka mengatakan sesuatu, hal tersebut benar-benar penting.

Only Make Him Go To Important Stuff
Jangan buang waktu anda untuk mengajaknya pergi untuk sekadar berkumpul dengan teman-teman atau duduk santai di taman, kerana lelaki jenis ini tidak menyukainya. Lelaki berjiwa introvert biasanya hanya ingin pergi ke acara-acara yang menurutnya penting untuk dihadiri, seperti undangan pernikahan, atau majlis formal yang penting sahaja. Jadi, biasakan diri anda untuk lebih berusaha sendiri.

Kehidupan sosial anda akan berubah
Lelaki  introvert tidak akan menjadi pusat perhatian setiap anda mengajaknya. Dia harus terus anda dampingi agar boleh tetap bersosial. Menurut allwomenstalk.com, anda juga harus siap untuk menghabiskan sebahagian besar waktu di dalam rumah daripada hang out di luar.

Introvert is Introvert
Kesalahan umum ketika seseorang memiliki pasangan yang introvert ialah berusaha untuk mengubahnya. Well, memaksa ialah strategi terburuk yang mungkin saja anda pilih. Bukannya mengubah, kemungkinan besar pasangan anda akan menjauhkan diri kerana zon selesanya terancam. Sebaiknya anda tidak mendesak pasangan untuk melakukan sesuatu, terutama di depan umum.

He Needs More ‘Me Time’
Anda tidak boleh menghabiskan setiap detik dengan si dia kerana seseorang yang memiliki keperibadian introvert akan memerlukan lebih banyak waktu untuk mengumpul kekuatan dan energi mereka. Lifehack.org menjelaskan bahawa keheningan dan bersendirian ialah hal-hal penting yang akan selalu mereka inginkan. Dengan demikian, anda boleh belajar untuk tidak mudah tersinggung. Jika anda tidak berjaya menyesuaikan diri dengan keperluan pasangan seperti ini, mungkin anda memang tidak sesuai berhubungan dengan lelaki seperti ini.

Keep Social Situations Small
Orang-orang introvert lebih menyukai sesuatu yang intim. Ertinya, dia lebih senang jika diajak bertemu secara personal atau dengan kelompok yang lebih kecil. Jadi, misalnya anda berniat untuk memperkenalkan si dia ke keluarga besar, sebaiknya, perkenalkan dia kepada anggota keluarga secara bertahap dengan beberapa pertemuan kecil.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: