• 351
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    351
    Shares

Bayangkan kalau nama anda suatu yang melucukan, pastinya menjadi bahan ejekan dan boleh membawa kepada tekanan emosi. Jadi walau apa pun nama rakan anda, janganlah sampai tertawakan tanpa henti, sila hormati dan jangan sesekali mempermainkan nama mereka.

Cerita dari negara jiran, seorang lelaki yang bernama Kentut nekad untuk menukar nama asalnya kerana sudah tidak tahan diejek dan ditertawakan oleh teman dan orang sekeliling. Malah anak perempuan juga turut terkena tempias di sekolah gara-gara nama bapanya itu.

Lelaki berusia 28 tahun ini telah membuat permohonan untuk menukar nama di Majlis Daerah Tangerang dan mendapat kelulusan dengan menukar nama baharu sebagai Hadi Ihsan.

Hadi merupakan seorang pengajar agama iaitu mengajar membaca Al-Quran dan menjual mee sup ayam. Setelah menukar nama, dia kini hidup tenteram dan penduduk kampung juga tidak lagi mengusiknya.

Dari pendapat bapa saudara Hadi pula, ibu bapa Hadi hanya sesuka hati memilih nama anak dan tidak berfikir panjang ketika itu. Bagi mereka hanya mahu melengkapkan borang pendaftaran dan pilih nama secara rambang.

Kalau kita di sini, nama selagi tak sepanjang  nama karektar dalam novel cinta, mak ayah tak akan puas hati.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: