• 10
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    10
    Shares

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya.Marah dan manusia memang tidak akan pernah terpisah. Emosi sering menggangu gugat manusia, malah mampu mengubah sifat manusia dalam sekelip mata.

Ini beberapa panduan cara mengawal serta memulih kemarahan dengan cepat. Ye lah, lagi-lagi pada bulan puasa ni. Tak elok jika kita marah-marah, nanti kurang pahala.

1. Jangan Melepaskan Amarah Pada Barang-Barang

Kadang kala, kita merasakan dengan menumbuk bantal, menghempas barang-barang adalah suatu kepuasan yang dapat melegakan amarah. Walhal, sebuah kajian yang dilakukan telah mendapati reaksi itu sama sekali tidak membantu untuk mengurangkan marah seseorang. Bahkan, ia sebenarnya meningkatkan lagi kebencian.

Yup! Dan kalau anda nak tahu, jika anda gemar benar melenting tidak tentu pasal, ia sebenarnya meningkatkan risiko untuk anda terkena serangan jantung! Eee takut…

2. Tarik Nafas Dalam-Dalam Sebanyak 3 Kali

Jika anda sedang mengamuk, keseluruhan badan anda sebenarnya sedang tegang. Menarik nafas dalam-dalam sebenarnya bisa bantu menurunkan meter kemarahan anda. Tak percaya? Cuba tarik nafas dalam-dalam sebanyak tiga kali. Ianya cukup untuk melegakan amukan anda itu tadi 🙂

3. Fahami Kemarahan Anda

Cuba selami diri anda, ketahui situasi, kenali orang lain serta apa sahaja punca yang mungkin menjadi dalang kepada kemarahan anda. Sebaik sahaja anda memahami kelemahan diri anda, cuba mengelak darinya. Jika anda tidak dapat mengelak, sekurang-kurangnya anda dapat menjangka bila kemarahan anda akan tiba. Berwaspadalah.

4. Jangan Biarkan Ia Menguasai Diri

Siapa yang marah, mereka sebenarnya adalah loser paling nyata. Marah akan membuat anda kelihatan seperti seorang individu yang jahat, tidak kiralah apa puncanya sekalipun. Cuba rakam wajah anda ketika marah dan mainkan semula rakaman itu berulang kali. Pasti anda ngeri melihat riak wajah bengis anda dan tidak mahu berkelakuan begitu lagi.

Apa kata selepas ini, jika anda mahu marah, cuba cari jalan untuk membalas respon lawan secara lebih profesional kerana marah itu BUKAN TINDAKAN PROFESIONAL!

5. Bersiar-Siar

Jika anda marah pada seseorang atau sesuatu, jauhi diri anda darinya buat seketika. Ambil masa selama beberapa minit untuk bergerak, bersiar-siar sambil menghirup udara segar atau buat apa sahaja perkara yang bisa memberi ketenangan.

6. Amalkan Rutin Bertenang Ini

Duduk dengan lurus dan selesa di atas kerusi, sofa atau lantai. Letak kaki anda secara rata dihadapan anda. Relaks. Kemudian, luruskan kedua belah tangan anda dan letakkan tapak tangan di atas peha. Pastikan siku anda berada di sisi berdekatan pinggang dengan selesa.

Gerak-gerakkan bahu anda supaya otot dan sendi di kelilingnya turut relaks. Tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut. Lalu, pejamkan mata sambil anda melakukan teknik pernafasan yang sama seperti tadi.

7. Bubarkan Situasi Tegang Dengan Gelak Tawa

Jika anda dan individu rapat sedang berada dalam situasi tegang, salah seorang dari anda perlu bertindak untuk membuat lawan anda ketawa.

Ini adalah salah satu cara untuk menghentikan pergaduhan dengan segera. Why so serious?

8. Jangan Gambarkan Kemarahan Melalui Wajah

Kerana ia tidak dapat melegakan amarah anda pun, sebaliknya membuatkan orang menjadi takut/meluat terhadap anda. Marah bukanlah senjata emosi mahupun cara berkomunikasi yang baik. Tahu?

Jadi jika anda marah, jangan tunjukkan kemarahan melalui riak wajah anda kepada orang lain, terutamanya terhadap anak-anak. Kemarahan anda adalah masalah anda, bukan masalah anak-anak anda atau orang sekeliling anda yang tidak bersalah. Behave!

9. Tulis Surat Minta Maaf Atau Email

Jika anda tidak mahu memaafkan seseorang secara terang-terangan, anda boleh menulis luahan hati anda yang telah lama terbuku di atas kertas mahupun email. Jika anda masih mahu menjalin hubungan baik dengan individu tersebut, tekanlah butang “send” atau hantar surat itu kepadanya. Jika tidak, simpan sahaja untuk diri anda.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Hope College di Michigan, apabila seseorang memikirkan tentang seseorang yang membuatkan mereka marah, kadar degupan jantung dan otot anda semuanya bakalan tegang.

Akan tetapi, jika seseorang itu membayangkan bahawa mereka sedang atau telah memaafkan orang tersebut, tekanan darah seseorang serta fungsi badannya tidak akan berubah langsung! Ianya kekal tenang… Hebat kan?

10. Kongsi Dengan Orang Lain

Kongsi disini bukanlah bermaksud meluahkan kemarahan anda pada seseorang. Maksudnya merujuk kepada bercakap sambil menghilangkan tekanan bersama dengan seorang rakan atau individu yang neutral (tidak menyebelahi mana-mana pihak) supaya si pendengar bisa memberi perspektifnya mengenai situasi tersebut secara adil dan tidak berat sebelah.

Selamat beramal!

 

SUMBER : Wanista

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: