• 49
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    49
    Shares

Untuk pengguna tegar YM atau Yahoo Massenger, kami ada berita buruk untuk anda. Aplikasi yang telah berjaya mengeratkan hubungan rakan-rakan, ahli keluarga mahupun kenalan baharu seluruh dunia bakal menamatkan perkhidmatannya pada 17 Julai ini!

Buat anda yang masih mempunyai mesej-mesej kenangan manis dalam aplikasi itu, anda boleh muat turun mesej tersebut ke dalam komputer peribadi anda sehingga November ini.

Tentunya mereka yang menggunaka YM ini merupakan anak muda 90 ke atas. Pastinya, ramai yang tidak akan dapat melupakan emoji Yahoo! Messenger untuk menggambarkan emosi ketika sedang berinteraksi chat room YM.

Emoji ‘smiley’, ‘lovestruck’, ‘call me’, ‘hug me’, ‘blushing’, ‘clown’ dan ‘surprise’ begitu ikonik!

Yahoo dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu menghargai pengguna Yahoo! Messenger sejak awal penubuhannya pada tahun 1997.

Oleh kerana landskap komunikasi yang kian membangun, pihak Yahoo lebih memfokuskan untuk mencipta dan memperkenalkan rekaan aplikasi terbaharu yang lebih memenuhi kehendak pengguna.

Tambahnya, penghentian operasi Yahoo! Messenger tidak akan menjejaskan servis aplikasi lain seperti Yahoo Mail dan Yahoo Fantasy.

Sumber: AstroAwani

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: