• 18
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    18
    Shares

Memang panas cuaca di Malaysia sekarang ini. Sehingga duduk dalam rumah yang tidak mempunyai penghawa dingin akan membuatkan penghuni di dalamnya berpeluh. Lagi-lagi di musim perayaan yang sememangnya amalan kunjung mengunjung rumah sanak saudara dan rakan taulan merupakan tradisi turun temurun.

Ditambah pula memakai busana baju melayu dan kurta dengan material yang tak serap peluh…aduh berasap jadinya!

Ikuti panduan bagaimana menghadapi situasi panas terik ini…

1. Perkara paling utama ialah memastikan air mencukupi dalam badan. Oleh itu, minum banyak air putih bagi mengurangkan risiko dehidrasi.

2. Elak air minuman yang ada kafein dan bergula kerana ini akan mempercepatkan proses dehidrasi.

3. Untuk wanita, kurangkan memakai alat solek kerana sesetengah bahan kosmetik mampu menyekat aliran peluh hingga mengakibatkan bahagian muka terasa panas.

4. Jangan mandi dengan air yang sejuk. Seeloknya mandi dengan air suam. Air sejuk membuatkan badan anda menjana haba untuk menggantikan haba panas yang telah hilang.

5. Boleh makan dengan kerap, tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Jika makan dalam kuantiti yang banyak terutama makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat tinggi, ia akan menyebabkan kadar metabolisme meningkat seterusnya membuatkan badan anda terasa panas.

6. Hadkan aktiviti luar terutamanya yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: