• 28
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    28
    Shares

Bila bercakap pasal mercun ni, macam-macam perangai yang kita dengar, dan macam-macam cara anak-anak muda bermain mercun. Pasti anda terkenang zaman anda bermain mercun dahulu kan? Selalunya mercun dijual diawal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Syawal. Apa yang menariknya pasal mercun ni, ia keluhatan cantik apabila di ruang udara, dan bunyinya yang kuat pasti akan buat anda teruja. Namun, permainan mercun kini telah diharamkan dijual di pasaran terbuka kerana terdapat banyak kejadian kanak-kanak putus jari dihari raya. Disini kami listkan kepada anda mercun yang masih boleh di main namun haruslah berhati-hati.

 

1. Mercun Lebah

 

Seperti namanya, bila dihidupkan mercun ini akan mengeluarkan bunyi dan bergerak seperti seekor lebah. Boleh dimainkan oleh kanak-kanak dengan pengawasan orang dewasa.

 

2. Mercun Gasing

 

Mercun ini sebesar duit syiling 20sen. Apabila dibakar, ia akan berputar seperti gasing dan mengeluarkan putaran api. Sesuai dimainkan pada waktu malam. Mercun ini tidak akan meletup dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak. Cuma perlu berhati-hati pada percikan api nya.

 

3. Mercun Lidi

Juga dikenali dengan nama Mercun Rocket. Mercun ini perlu dihalakan keudara sebelum dibakar. Mercun ini akan meletup ketika sampai pada sesuatu ketinggian. Selalunya kami akan mencucuk mercun ini pada tanah sebelum dibakar. Tetapi jika anda hebat, anda boleh memegang mercun ini sebelum dilancarkan ke udara.

 

4. Mercun Mancis

Mercun ini dinyalakan dengan menggesek seperti menghidupkan batang mancis. Muncung mercun akan menyala dan berasap beberapa saat sebelum meletup. Namun mercun ini ada bahayanya, kdang-kadang ia tidak menyala dan meletup secara tiba-tiba. Jika anda tidak sempat membaling mercun ini, bersedialah untuk tangan anda cedera. Tip untuk mengurangkan kecederaan – sila pakai sarung tangan sebelum bermain.

 

5. Mercun Papan

 

Mercun ini selalu dilihat pada perayaan Tahun Baru Cina. Bunyi yang dikeluarkan agak kuat dan tempoh letupan bergantung kepada panjang mercun tersebut. Pernah sekali kami membakar mercun ini dan mengambil masa sehingga 20minit untuk habis meletup.

 

 

6. Mercun Ketupat

 

Rupanya seperti ketupat. Bunyi yang dikeluarkan sangat kuat sehingga boleh menyebabkan anda hilang pendengaran untuk beberapa saat. Merbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan. Jika gagal dibaling dengan kemas boleh menyebabkan jari-jemari anda putus. Jadi untuk bermain mercun ini hanya yang pro je boleh main, yang lain tu, tengok je boleh.

 

7. Mercun Bola

 

Ini adalah mercun kegemaran ramai orang Letupan yang sangat kuat. Di kebun mercun ini digunakan untuk menghalau Khinzir Hutan yang merosakkan tanam. Di bandar, sewaktu bermain, mungkin anda akan dimarahi jiran. Tapi raya kan setahun sekali. Ia juga disifatkan sebagai bahaya, jadi hati-hati apabila bermain.

 

 

8. Mercun Bateri

 

Mercun ini bila dibakar akan menghasilkan bunyi yang kuat dan percikan bunga api. Mengikut saiz yang tertentu, 5 x 5 akan mengeluarkan 25 das percikan bunga api. Percikan di angkasa menghasilkan warna-warna yang cantik. Ia sesuai untuk seisi keluarga menonton di hari raya, seolah-olah sedang menonton upacara penutup sukan ataupun tanggal 31 Ogos setiap tahun!

 

Sumber: TheVocket.com

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: