• 15
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    15
    Shares

Beberapa jenis makanan beralkali tinggi yang patut diambil setiap hari untuk hidup lebih sihat dan bertenaga. Namun jika anda mengambil makanan bersifat asid dengan banyak, anda juga harus memilih makanan bersifat alkali dengan kadar yang tinggi supaya diet anda kelihatan lebih semula jadi.

  1. Sayur-sayuran jenis ubi contohnya lobak merah dan keledek. Mengikut tradisi Cina, tumbuh-tumbuhan jenis ubi mempunyai sifat penyembuhan terbaik dan mengandungi lebih mineral berbanding sayur-sayuran lain.
  2. Sayur-sayuran hijau seperti kubis putih, bunga kubis, brokoli dan kubis hijau bukan saja beralkali tetapi sedap dan mempunyai antioksidan yang tinggi. Ia juga bagus sebagai makanan antikanser terbaik.
  3. Bawang putih sememangnya banyak memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh.
  4. Bayam kaya vitamin K dan kandungan folat yang tinggi. Sayuran hijau ini juga penuh dengan vitamin, mineral, fitokimia, antioksidan dan serat. Ia membantu untuk meningkatkan pencernaan dan penglihatan.
  5. Lemon, sejenis makanan beralkali yang paling bagus. Ia membantu untuk merancakkan fungsi hati dan membantu dari segi pembuangan toksin dengan lebih baik.
  6. Cili merah mengandungi enzim penting untuk fungsi endokrin. Ia dikenali kerana ciri-ciri antibakteria dan makanan beralkali yang kaya dengan vitamin A, menjadikannya ejen membantu dalam melawan radikal bebas yang berbahaya yang membawa kepada tekanan dan penyakit.
  7. Semua buah-buahan segar atau kering termasuk buah-buahan sitrus.

Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kandungan asid yang tinggi di dalam badan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih rendah jika diserang penyakit berbanding mereka yang mempunyai kandungan asid lebih rendah dalam badan.

Badan yang mempunyai kandungan asid berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan, merendahkan imuniti seterusnya menjadi penyebab kemerosotan sistem badan.

ANTARA MAKANAN BERASID YANG ELOK DIKURANGKAN TERMASUK:

* Semua makanan yang berasal daripada haiwan seperti ayam, lembu, kambing, telur dan ikan.

-Produk tenusu dan susu pasteur, keju, keju lembut dan mentega.

-Semua bijirin dan kekacang termasuk gandum, jagung dan beras.

-Roti putih, biskut dan produk bakeri.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: