• 56
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    56
    Shares

Mungkin ini adalah tahun terakhir anda bergelar lelaki bujang, tidak salah untuk anda mengenali bakal mertua anda dengan lebih dekat. Jangan takut ok, buat biasa sahaja.

Steady

Anda tak perlu rasa cuak untuk pergi beraya rumah dia. Buat rilek je. Anggap macam tak ada apa-apa yang berlaku. Lagi pun anda pergi untuk beraya, bukannya anda pergi nak buat benda jahat pun. So tak perlu anda rasa takut-takut nak datang beraya rumah bakal mertua anda tu. Mereka tak makan orang lah. Mereka makan kuih raya.

Kemas

Pakaian yang anda pakai tu mestilah kemas. Kalau boleh, pakai baju kemeja yang elok sikit. Jangan pakai baju tshirt lusuh, koyak sana sini, siap ada lambang tengkorak lagi. Sangat-sangatlah tak sesuai untuk datang beraya rumah orang. Kalau saya tengok pun akan pandang dua tiga kali siap cakap lagi, “Dia ni nak datang tengok konsert ke, atau nak datang beraya?”

Rapi

Pastikan juga rambut anda disikat rapi. Lebih elok kalau rambut tu pendek. Barulah nampak kemas. Biar bakal mertua anda tu tengok anda ni nampak segak, tampan dan bergaya. Tak selekeh. Kalau adik-beradik dia tengok pun rasa kagum sebab anda kelihatan hensem.

Buah tangan

Jangan datang dengan tangan kosong. Walaupun anda datang untuk beraya, tetapi bawa la sikit buah tangan apabila anda datang beraya rumah si dia nanti. Kalau anda rasa tak tahu nak bawa apa, belilah buah epal ke, buah anggur ke, atau pun buah limau yang boleh anda beli dekat shopping complex.

Masa

Pastikan anda menjaga masa anda. Kalau anda beritahu si dia yang anda akan datang pukul 2 petang, pastikan yang anda sampai tepat pukul 2 petang. Kalau nak sampai awal pun boleh, dalam 5-15 minit. Tetapi jangan sampai awal sangat sebab takut family dia tak ready lagi. Paling penting sekali, jangan sampai lewat. Kalau lewat, anda gagal.

Saudara-mara

Sebab selalunya masa beraya ni ramai saudara-mara atau kawan-kawan family dia datang rumah untuk beraya. Jadi lebih baik anda deal awal-awal dengan pasangan anda yang anda akan datang pada sekian-sekian waktu. Sebab tak nak la nanti bila anda datang ke rumah dia, sekali tengok-tengok ramai pula saudara-mara dia ada dekat rumah tu. Anda yang tadi mula-mula okey, terus jadi segan pula nanti menjawab soalan-soalan killer dari makcik-makcik dia.

 Teman

Kalau anda rasa tak berani untuk pergi sorang-sorang, bawalah teman (wingman). Mungkin anda boleh ajak kawan baik anda ke, atau pun adik-beradik anda ke, untuk pergi teman beraya rumah si dia. Sekurang-kurangnya tak adalah anda rasa kekok bila tiba-tiba anda tak tahu nak berbual apa dengan parents dia nanti. Sebab bila kita duduk sorang-sorang ni, kita mudah mati akal bila dah habis point untuk berborak. Jadi bila ada teman tu, ok lah sikit.

Hormat

Ketika sampai rumah dia nanti, pastikan yang anda hormat bakal mertua anda dan adik-beradik dia. Jangan hanya hormat pada ibubapa dia saja sebab adik-beradik dia pun mainkan peranan juga nanti. Sebab kebiasaannya, ibubapa akan tanya pendapat adik-beradik yang lain tentang diri anda. Jika anda hanya mengambil hati bakal mertua anda saja dan mengenepikan adik-beradik dia yang lain, anda silap. Anda gagal lagi sekali.

Duit Raya

Kalau anda sudah bekerja, pastikan anda bagi duit raya untuk adik-beradik dia. Tetapi berikan kepada mereka yang masih bersekolah saja. Yang sudah bekerja tu, tak perlu la bagi. Untuk bakal mertua anda pula, tak perlulah bagi duit raya. Mereka bukannya perlukan pun. Oh ya, kalau anda nak naikkan saham anda, bagi la duit raya tu depan parents dia. Bagi ketika anda sudah nak balik.

Tenang

Ketika duduk makan bersama dengan family dia nanti, anda perlu tenangkan diri. Jangan kelam kabut. Apabila berborak dengan family dia pun, berborak pada topik yang anda tahu saja. Jangan cerita topik yang berat-berat yang sampai buat orang lain pun rasa meluat. Cari topik yang santai-santai yang semua orang faham. Lagi bagus kalau anda boleh borak topik yang berkaitan dengan minat family pasangan anda.

Salam

Ramai yang terlupa part ni. Sebab dah seronok pergi beraya rumah si dia, terus lupa beri salam bila dah nak balik. Masa datang, pandai pula berikan salam. Tetapi bila balik, cakap terima kasih dan terus balik je tanpa berikan “Assalammualaikum” dekat kedua ibubapa dan family pasangan mereka. Jadi, ingat. Semasa anda nak balik tu, berikan salam. Tunjukkan yang anda ini cukup budi bahasa dan agamanya.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: