• 97
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    97
    Shares

Dah habis Ramadhan ni mungkin ada diantara anda yang sedang berjalan pulang ke kampung. Mereka yang benat-benar mendalami kelebihan Ramadan pastinya bersedih apabila tempoh sepurnama ini makin menuju ke penghujungnya.

Meskipun Syawal dinanti dengan penuh semangat meraikan kejayaan, Ramadan tentunya meninggalkan kesan kerohanian yang tinggi bagi setiap Muslim yang menghayatinya.

Pastinya mungkin anda kurang tahu tentang beberapa selebriti luar negara yang turut menjalani ibadah puasa. Berikut merupakan selebriti luar yang berpuasa.

 

  1. Mike Tyson

Memeluk agama Islam sekitar tahun 1990-an, bekas juara heavyweight dunia ini antara selebriti Barat yang mengamalkan ajaran Islam termasuklah berpuasa.

2. Kareena Kapoor – Saif Ali Khan

 

Kedua-duanya mengakui pengalaman berpuasa selepas berkahwin dan mempunyai cahaya mata sedikit berbeza, terutama bagi Kareena. Dalam satu temu ramah dengan portal hiburan India, Kareena memberitahu keluarga suaminya mempunyai tradisi tersendiri dalam bulan Ramadan, antaranya gemar bersedekah makanan dan wang kepada jiran tetangga.

 

  1. Akon

 

Media antarabangsa melaporkan penyanyi dan rapper ini berkemungkinan besar berpuasa, memandangkan dia dibesarkan di Senegal, sebuah negara yang mengamalkan ajaran Islam. Namun Akon atau nama sebenarnya, Aliaune Damala Akon Thiam tidak pernah membuat kenyataan secara terbuka jika dia benar-benar berpuasa.

 

  1. Shahid Kapoor

 

Bintang Bollywood ini mengakui dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan dan mengamalkan ajaran Islam. Menerusi satu portal gaya hidup India, Shahid memberitahu tidak pernah lagi meninggalkan puasa Ramadan sepanjang hidupnya.

 

 

Sumber: AstroAwani

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: