Boleh Kena Jangkitan Otak, Elak Mencabut Bulu Hidung Atau Picit Jerawat Sekitar Segi Tiga Muka
Foto: drobotdean - www.freepik.com

Jika selama ini anda suka mencabut bulu hidung atau memicit jerawat di sekitar segi tiga muka, baik anda hentikan tabiat itu bermula hari ini!

Tabiat ini sebenarnya berbahaya kerana kawasan ini dianggap sebagai segi tiga “kematian” yang ada kaitan dengan infeksi bakteria, yang boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan berlakunya strok.

Jika anda memiliki bulu hidung yang agak panjang dan ia mengganggu penampilan, jangan sesekali mencabut bulu hidung.

Sebaiknya, gunakan kaedah trim mengunakan pencukur sebagai langkah untuk anda merapikannya.

Bagi yang sering tumbuh jerawat sekitar segi tiga ini, elak memicitnya dengan tangan sebaliknya gunakan krim jerawat untuk merawatnya.

Kenapa dua tabiat yang biasa kita lakukan ini dianggap berbahaya? Public Health Malaysia kongsikan sebab-sebabnya.

IKLAN

Artikel berkaitan: Jangan Buang Kulit Pisang Lepas Makan. Selain Pudarkan Parut, Elok Untuk Jerawat

Artikel berkaitan: Jerawat Badan Boleh Dielakkan Jika Amal Penjagaan Ini

Boleh Kena Jangkitan Otak, Elak Mencabut Bulu Hidung Atau Picit Jerawat Sekitar Segi Tiga Muka
Foto: cookie_studio – www.freepik.com

Doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.

IKLAN

Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.

Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok. Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.

Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.

IKLAN

Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.

Boleh Kena Jangkitan Otak, Elak Mencabut Bulu Hidung Atau Picit Jerawat Sekitar Segi Tiga Muka
Foto: FB Public Health Malayisa

Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides. Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.

PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung. Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril. Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.

Subscribe dan tonton video workout di Youtube MASKULIN

https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=6s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI