Bukan hanya memilih jenama dan harga semata-mata, ciri-ciri penting lain juga anda perlu titikberatkan sebelum merancang membeli kasut sukan.

Pemilihan kasut yang menepati saiz dan bentuk kaki amatlah penting agar anda kaki rasa lebih selesa saat melakukan senaman.

Malah ia juga dapat mengelakkan kaki mudah cedera atau terjatuh ketika sedang beraktiviti.

Oleh itu sebelum anda ingin membelinya, perhatikan dahulu ciri-ciri ini agar anda dapat membelinya sebuah kasut yang berkualiti dan menepati cita rasa.

1. Tentukan bentuk tapak kaki

Elak Kaki Cedera Masa Berlari, Ini Tip Penting Sebelum Membeli Kasut Sukan

Untuk menentukan bentuk tapak kaki anda sebenarnya ada cara mudah yang anda boleh lakukan iaitu dengan melakukan ‘wet test’. Caranya, basahkan kedua-dua belah tapak kaki dan berdiri di atas kertas kosong selama 10 saat. Kemudian, alihkan kaki anda dan lihat kesan tapak kaki pada kertas tersebut. Dari sini anda boleh menentukan tapak kaki anda daripada jenis Flat, Normal, High atau Very High.

IKLAN

2. Pilih kasut ikut saiz yang betul

Pakai kasut pada keselesaan anda! Pemilihan kasut yang cantik tidak memberi apa-apa manfaat kalau anda memakai kasut sukan yang ketat. Berkualiti macam mana pun kasut sukan anda, kalau kaki anda tidak boleh bernafas dengan baik, maka sia-sia saja anda membelinya. Terlalu ketat boleh membuatkan kaki anda tidak selesa dan jika terlalu longgar pun akan menyebabkan kaki anda mudah melecet. Jadi, berhati-hatilah apabila memilih kasut sukan ye!

3. Fahami aktiviti yang anda lakukan

Anda sendiri tahu bagaimana dan di mana anda selalu bersenam. Banyak jenama kasut sukan mengeluarkan kasut mengikut kesesuaian trek. Jika anda sering bersenam di atas jalan raya, carilah kasut yang mempunyai tapak selesa dan boleh mengawal batu-batu kecil di jalanan. Jika anda sering bersenam di gym, pilihlah kasut sukan yang bersesuaian untuk aktiviti yang anda lakukan di dalam bangunan.

4. Cuba kedua-dua belah kasut

Elak Kaki Cedera Masa Berlari, Ini Tip Penting Sebelum Membeli Kasut Sukan

IKLAN

Ada antara anda alpa dengan perkara ini. Kadang-kala anda hanya mencuba sebelah kaki saja. Tahukah anda bahawa setiap pasang kaki manusia mempunyai saiz yang berbeza-beza? Jangan pernah memakai sebelah kaki saja dan terus membeli kasut sukan tersebut. Takut nanti anda akan menyesal apabila balik ke rumah.

5. Mencuba kasut baharu bersama stoking

Ketika mencuba kasut baharu, pastikan anda mencubanya dengan stoking yang anda anda pakai sepanjang melakukan aktiviti. Tidak dinafikan stoking ada pelbagai jenis sama ada tebal atau nipis. Jika anda akan memakai stoking tebal bersama kasut tadi, maka carilah kasut yang sedikit lebar untuk memberi ruang pada kaki anda bernafas dengan sempurna.

6. Ikat tali kasut dengan sempurna

Ada yang mencuba kasut tanpa mengikat talinya. Perbuatan ini salah kerana tanpa ikatan tali kasut baharu itu mungkin tidak sepadan ketika anda mencubanya. Jadi jangan malas untuk mengikat tali pada kedua-dua belah kasut saat anda mencubanya.

IKLAN

7. Sediakan sedikit ruang

Elak Kaki Cedera Masa Berlari, Ini Tip Penting Sebelum Membeli Kasut Sukan

Ketika mencuba kasut baharu, pastikan terdapat ruang sebanyak setengah inci di antara ibu jari dengan hujung kasut. Perhatikan juga ruang di bahagian tumit anda tidak ketat atau terlalu longgar agar kaki selesa untuk bergerak.

8. Baca review orang lain

Sebelum anda ingin membeli kasut sukan, sila gunakan khidmat google untuk mengetahui maklum balas daripada pembeli lain. Jika anda ke laman sesawang produk tersebut, mereka ada menerangkan ciri-ciri sesebuah kasut sukan itu untuk anda membuat pilihan. Penat kan, kalau nak pusing satu Mall sudahnya tak kena cita rasa? Jadi, sila gunakan kuasa jari anda.

Subscribe & follow video di Youtube MASKULIN

https://www.youtube.com/watch?v=ZmGn7E1z5Zc&t=3s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI