jam tangan lelaki
Foto: 123rf/Pexels

Jika ada orang mengatakan jam tangan hanyalah berfungsi sebagai penunjuk waktu semata ternyata dia seorang yang cukup naif. Sebenarnya sejak ia dikomersialkan ia telah menjadi item penting yang menjadi sebahagian daripada identiti seorang lelaki.

Di pasaran sahaja terdapat pelbagai rekaan daripada pelbagai kategori dan juga peringkat harga. Dan ia juga telah menjadi daripada aksesori fesyen yang sangat relevan dalam pemakaian dan gaya harian seorang lelaki.

Jadi untuk mengatakan item ini hanyalah sebagai penunjuk masa ia amatlah tidak tepat. Di bawah, MASKULIN kongsi beberapa sebab mengapa ia lebih dari itu.

BUAT ANDA LEBIH PUNCTUAL

Ada beberapa kajian dilakukan terhadap dua kumpulan iaitu kumpulan yang memakai jam tangan dan kumpulan yang tidak memakainya.

Ujian ini dilakukan selama sebulan dan hasil keputusannya, kumpulan yang memakainya lebih menepati masa berbanding kumpulan satu lagi. Jadi sudah terbukti bahawa, sains mengatakan orang yang memakai jam tangan akan lebih bertanggungjawab.

Jam Tangan Item Penting Identiti Diri Seorang Lelaki 
Foto: 123rf

TEKNOLOGI PINTAR

Kami akui arus permodenan masa kini menjadikan kita lebih manja dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada, terutamanya telefon pintar. Tetapi kenapa harus bergantung seratus peratus kepada telefon pintar kamu?

IKLAN

Takkanlah nak keluar dating pun harus set kan di reminder dalam telefon pintar kamu?Percaya atau tidak, dengan melihat jam tangan di pergelangan tangan, secara tidak langsung, ia mengaktifkan otak untuk berfikir tentang jadual harian kamu.

Dalam masa yang sama, ia menjadikan otak sentiasa peka dengan masa dan membuatkan kita sentiasa mengikut jadual harian yang sudah ditetapkan.

Jam Tangan Item Penting Identiti Diri Seorang Lelaki 

IKLAN

MEDIUM KOMUNIKASI

Jangan terkejut bila orang menilai kamu hanya dari pemilihan jam tangan kamu. Jujurnya, bukan gaya fesyen saja yang orang akan menilai, bahkan ia juga antara pembuka bicara antara kamu dan orang lain.

Terutamanya jika kamu lelaki, sudah tentu pemilihan yang tepat membuatkan kamu lebih gentleman. Secara tidak langsung, ia menjadi bahan komunikasi kamu dengan orang lain.

KEHIDUPAN LEBIH LANCAR

Pernah tak kamu alami pengalaman seperti kamu di dalam train yang sesak dengan orang ramai dan kamu mahu mengeluarkan telefon bimbit kamu semata-mata untuk lihat masa ketika itu.

IKLAN

Kamu terpaksa bersusah payah untuk mengambil sedikit ruang memasukkan tangan kamu dan keluarkannya. Sudahlah sesak, berhimpit lagi. Stress!Jadi apa alasan kamu untuk tidak memakai jam tangan yang sememangnya memudahkan kamu dengan lihat di pergelangan tangan kamu sahaja?

Mungkin 2 saat saja masa diambil daripada kamu mahu keluarkan telefon bimbit kamu. Mungkin memakan masa dalam 5 atau 8 minit? Itupun kalau tidak terjatuh.

ITEM PERSONALITI

Walau apa jua pemilihan rekaan jam tangan kamu, ia membanu kamu lebih dari apa yang kamu sangkakan. Penggunaan jam tangan mampu memberi impak besar ke dalam hidup kamu.

Apa yang penting, jam tangan menjadikan kamu lebih berdisiplin dan bertanggungjawab, setiap masa. Jadi apa alasan kamu untuk tidak memakai jam tangan?

Buat anda yang ingin mencari seleksi jam menarik pada harga hebat, dapatkannya di sini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI