Gambar: Getty

Cuba anda bayangkan jika tubuh badan mengalami kekurangan protein? Pastinya ia akan menimbulkan pelbagai masalah pada tubuh badan.

Protein merupakan fungsi yang penting dalam tubuh badan seseorang manusia. Ia membantu dalam pembentukan sel darah merah, memelihara otot, mengatur metabolisme badan sehinggalah pada pembentukan sistem imunisasi atau kekebalan tubuh.

Kurangnya protein dalam tubuh badan bukan sekadar menyebabkan anda mudah lapar, cepat letih dan mood tidak stabil, sebaliknya ia juga boleh menimbulkan masalah-masalah lain yang jauh lebih serius.

Public Health Malaysia berkongsi tanda-tanda yang bakal anda alami jika anda berdepan dengan masalah kekurangan protein.

Tanda Anda Tidak Mendapatkan Protein Mencukupi

Anda sepatutnya mendapatkan sekurang-kurangnya 10% daripada kalori harian daripada protein. Dan sumber protein perlu dipelbagaikan daripada pelbagai jenis makanan.

Yogurt rendah lemak, dada ayam, semangkuk kacang dan pelbagai lagi makanan yang kaya dengan protein.

IKLAN

Bagaimana kita boleh mengetahui badan kita mengalami masalah kekurangan protein?

1. Bengkak

Ini adalah gejala yang paling kerap jika anda tidak mempunyai protein yang mencukupi. Biasanya bengkak ini berlaku di kaki, perut, dan juga tangan. Ini adalah disebabkan, albumin (protein) yang ada dalam salur darah mencegah air di dalam darah daripada keluar dan berkumpul di tisu. Namun, terdapat juga pelbagai punca kepada kaki bengkak, jadi anda perlu dapatkan nasihat doktor.

2. Perubahan emosi

Kenali 7 Tanda Anda Alami Kekurangan Protein Yang Boleh Mengganggu Kesihatan Tubuh!
Gambar: Pexels

Otak memerlukan bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter untuk memindahkan informasi antara sel saraf. Ianya diperbuat daripada asid amino atau protein. Kekurangan protein boleh menyebabkan kekurangan neurotransmitter dan mengganggu fungsi otak yang juga mengawal emosi.

IKLAN

3. Masalah rambut, kuku dan kulit

Kenali 7 Tanda Anda Alami Kekurangan Protein Yang Boleh Mengganggu Kesihatan Tubuh!
Gambar: Healthgrades

Rambut, kuku dan kulit terdiri daripada elastin, kolagen dan keratin yang diperbuat daripada protein. Jika badan anda tidak mampu menghasilkan bahan tersebut, anda akan mengalami rambut gugur/halus, kulit kering, dan kuku yang tidak rata. Namun, kekurangan diet protein bukan hanya puncanya. Bincang dengan doktor anda.

4. Keletihan

Kajian menunjukkan jika anda tidak cukup protein, ianya akan memberikan masalah kepada otot yang juga mengawal pergerakan dan postur badan. Kekurangan protein juga boleh menyebabkan anaemia yang mana anda kekurangan oksigen dan menjadi letih.

5. Lapar

Kenali 7 Tanda Anda Alami Kekurangan Protein Yang Boleh Mengganggu Kesihatan Tubuh!
Gambar: Pexels

Gejala yang paling kerap. Protein memberikan tenaga selain dari karbo dan lemak. Jika anda makan banyak dan anda ingin makan di antara makanan berat, anda mungkin perlukan protein. Kajian menunjukkan protein membantu anda dalam mengenyangkan anda seharian.

IKLAN

6. Luka lambat sembuh

Seseorang yang kurang protein jika terluka memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh. Jika anda terseliuh atau sakit badan juga lama untuk sembuh. Ini kerana badan tidak cukup menghasilkan kolagen. Untuk luka sembuh dan menghentikan darah, anda memerlukan protein juga.

7. Selalu sakit

Kenali 7 Tanda Anda Alami Kekurangan Protein Yang Boleh Mengganggu Kesihatan Tubuh!
Gambar: Pexels

Asid amino diperlukan dalam darah untuk sistem ketahanan badan yang menghasilkan antibodi untuk mengaktifkan sel darah putih untuk melawan virus, bakteria dan toksin. Protein juga penting untuk proses pencernaan.

Kenali 7 Tanda Anda Alami Kekurangan Protein Yang Boleh Mengganggu Kesihatan Tubuh!

Subscribe dan tonton video di Youtube MASKULIN

https://www.youtube.com/watch?v=vgZ0LoK90GE&t=3s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI