Ramai pakar kesihatan berkongsi pendapat jika seseorang itu mahukan minuman yang berkhasiat, jus epal adalah antara salah satunya yang terbaik.

Dalam masa yang sama, buah epal sememangnya mempunyai banyak khasiat dan kebaikan yang tidak boleh disangkal lagi. Ia kaya dengan serat dikenali sebagai pektin. Sebiji epal bersaiz sederhana mempunyai kira-kira empat gram serat.

Khasiat Jus Epal Yang Ramai Terlepas Pandang

Biarpun epal bukanlah buah tempatan dan lebih mahal sedikit berbanding buah-buahan di Malaysia, ini antara khasiat yang perlu anda tahu :

1. Membantu Penghadaman
Buah epal atau Jus Epal kaya dengan serat jadi ia membantu proses penghadaman berjalan lancar. Serat penting untuk semua jenis gizi makanan dan selain itu ia dapat mengelakkan daripada masalah sembelit sewaktu membuang air besar.

IKLAN

BACA: Elak Makan 7 Makanan Ini, Jika Tak Mahu Badan Keliru & Menggangu Proses Penghadaman!

2. Menghindari Barah
Biarpun banyak kajian telah dijalankan berkenaan khasiat Epal dalam mengurangkan risiko penyakit barah, ia didapati mampu mengurangkan kapasiti barah paru-paru dengan menmperlahankan penyebaran barah tersebut.

IKLAN

3. Merawat Anemia

Khasiat Jus Epal Yang Ramai Terlepas Pandang

IKLAN

Buah epal juga kaya dengan zat besi dan ini sangat bagus untuk merawat Anemia atau penyakit kekurangan hemoglobin dalam darah.

4. Mengawal Kencing Manis atau Diabetes
Kandungan polifenol dalam buah epal dapat membantu mengawal penyakit kecing manis kerana ia mampu mengurangkan pengambilan karbohidrat yang mengandungi gula.

5. Penjagaan Gigi
Memakan epal membantu membersihkan gigi dan gusi. Ia juga mengurangkan kaviti atau gigi berlubang serta membantu membersihkan gigi dan anti-bakteria dalam kandungan buah ini melindungi tubuh daripada kuman. Memang fungsi buah epal tidak lah seperti berus gigi, namun ia banyak manfaatnya.

Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI