Hasil penelitian dan penyelidikan yang dilakukan di Universiti Duke melaporkan bahawa hampir 28 peratus daripada lelaki memalsukan orgasma (puncak kepuasan) ketika klimaks apabila melakukan perhubungan intim dengan pasangan. Dalam konteks persetubuhan, ramai saintis percaya lelaki kebiasaannya inginkan kepuasan maksimum tetapi tidak selalunya menjadi. Berpura-pura puas hanya kerana ingin menyenangkan hati pasangan atau kerana tiada pilihan lain?

 

Ini 8 puncanya :

1. TIDAK MAHU KALAH

Sudah nama pun lelaki, hinggakan di atas ranjang pun masih memikirkan untuk melindungi egonya. Pasti seseorang lelaki tidak mahu dipandang rendah oleh isteri kerana tidak mampu mencapai klimaks. Pada dasarnya, seseorang lelaki boleh mencapai kemuncak syahwat sebanyak satu atau dua kali saja dalam sehari. Dek kerana ego dan tidak mahu mengakui kekalahan, lelaki bertindak untuk memalsukan klimaks. Biar lebih, jangan kurang. Itu pendapat lelaki masa kini.

 

2. EFEK NEGATIF BAHAN KIMIA

Terlalu bergantung pada ubat-ubatan moden mahupun tradisional turut menjadi punca lelaki memalsukan orgasmanya. Ini akibat penurunan libido seks yang dihadapinya. Pil termasuk minuman yang beralkohol turut menyebabkan ejakulasi seorang lelaki tertunda dan tertahan. Maka, akibat daripada masalah ini, penyelesaian yang terpaksa diambil lelaki adalah dengan melakukan klimaks palsu untuk memuaskan hati pasangan dan diri sendiri.

 

3. ORGASMA BUKTI LELAKI SEJATI

Berdasarkan kajian yang dilakukan MayoClinic, ramai berpendapat orgasma adalah titik ukur ‘kejantanan’ lelaki di atas ranjang. Jika tidak boleh untuk menyempurnakannya, maka seorang lelaki itu dikira gagal melaksanakan peranannya. Ini juga termasuk dalam mitos seks yang kebanyakan masih dipegang hingga kini. Untuk menutup rasa malunya, lelaki tidak teragak-agak untuk klon organsma demi menjaga status kononnya sebagai lelaki sejati.

 

4, FIZIKAL DAN EMOSI LEMAH

Tekanan di pejabat serta pelbagai masalah melanda mampu memenatkan fizikal dan emosi seorang lelaki secara keseluruhan. Keletihan boleh menyebabkan kemurungan. Namun, atas permintaan si isteri digagahkan jua. Walaupun berharap dengan berpura-pura mencapai orgasma, hubungan seks mampu diselesaikan tanpa perlu menyinggung perasaan pasangan. Mengelak kelak dimarahi pula. Tidak mahu berfikir panjang, inilah saja jalan penyelesaian yang ada.

 

5. JENIS KONDOM

Siapa menyangka, pemilihan dan kualiti kondom juga memaksa seorang lelaki untuk berpura-pura puas. Ketidakselesaan yang dialami termasuk soal kepanjangan dan ketebalan jenis kondom membuatkan kemaluan lelaki tidak selesa dan kurang bermaya. Lalu menyebabkan kesulitan ketika ejakulasi. Oleh itu, sebaiknya seorang lelaki perlu bijak memilih kondom yang sesuai terutama sekali tepat dengan ukuran alat sulit apabila ereksi.

 

6. FAKTOR USIA

Kajian dari Vemale mendapati bahawa kemampuan seks dan kesuburan seorang lelaki mula menunjukkan tanda penurunan apabila umur menjangkau 40 tahun. Tentu sahaja lelaki pada usia ini sukar mempertahankan organsma ketika melakukan hubungan seks dengan isteri. Tanpa memikirkan kesan dan mengharapkan perhubungan intim berakhir dengan aman, berpura-pura sajalah. Atas alasan ingin menjaga kualiti dalam kesinambungan seks anda dan dia.

 

7. TERBIASA DENGAN BERONANI

Aktiviti beronani yang sering dipraktikkan boleh menyebabkan alat sulit lelaki menjadi kurang sensitif terutama di bahagian urat saraf dan hujung alat kelamin. Maka ia akan turut memberi kesan pada keintiman pasangan ketika seks. Disebabkan sudah terbiasa, lelaki akan mudah memalsukan rasa puas ketika berasmara. Kemudian bertindak dengan melancap bagi  melunaskan hasratnya yang tertangguh ketika urusan seks sebelum ini.

 

8. POSISI SERBA TAK KENA

Posisi ketika berhubungan seks memainkan peranan utama dalam mengukur kepuasan seks anda dan pasangan. Posisi yang biasa dan ada kalanya melulu boleh mengubah perjalanan seks. Posisi yang sama mengundang rasa bosan, terutama sekali bagi lelaki yang sentiasa ingin mendominasi. Apabila tiba masa wanita mengubah caranya, ini secara tidak langsung menyukarkan hasrat lelaki apabila posisi tidak kena dengan seleranya. Maka ini menyebabkan lelaki tiada pilihan lain. Jika ditegur boleh bawa pertengkaran.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: