Zaman bujang dan alam perkahwinan pastinya berbeza. Jika dahulu anda keseorangan tapi kini anda sudah berteman. Tentu banyak perubahan yang bakal anda alami setelah berkahwin. Sebelum jadi suami, ada beberapa perkara yang perlu anda baiki agar perkahwinan yang dibina kekal bahagia.

Amir Syahir di laman Facebooknya berkongsi 20 perkara yang perlu anda baiki sebelum bergelar suami. Lelaki yang nak kahwin, sila baca ni.

Sebelum Nak Kahwin & Jadi Suami, Pemuda Ini Sarankan Lelaki Baiki Dulu 20 Perkara!

Kaum lelaki kan ketua keluarga. Sebagai ketua mesti bijak memimpin ahli-ahlinya. Ibarat seperti nakhoda yang mengemudi sebuah bahtera.

Kau dah jumpa yang berkenan. Manis. Sedap mata memandang, dia anggap kau kawan je. Kau kena tenangggg je. Tenang je. Kalau ada jodoh tak kemana. Rabak jugak kalau kena “friendzone” ni. Tapi kau sabar je. Mungkin itu bukan jodoh kau.

Jadi sambil kau sabar tu, kau kenalah membaiki diri kau ke arah yang lebih baik. Antaranya;

1. Buat simpanan untuk kahwin. Bukan mintak makwe/tunang kau buat pembiayaan peribadi.

2. Tak perlu modified kereta sangat lah kalau setiap bulan gaji kau tinggal RM100 je untuk hidup. Jurutera automatif tahu la kerja dia. Ini tak, pergi ubah tayar jadi cacat terkeluar pehal.

3. Tak menggelupur nak beli kereta import mewah, pakai iPhone, travel luar negara pasal nak ikut trend terkini.

4. Tambahkan ilmu pengurusan kewangan. Kalau kau boros, hancur terus kewangan keluarga kau nanti. Belajar bagaimana nak uruskan kewangan dengan baik.

IKLAN

5. Tambahkan kemahiran asas. Jangan semua benda nak upah orang, semua benda nak beli. Do It Yourself (DIY) lebih menjimatkan.

6. Jika rasa duit gaji tak cukup, hidup di bawah kemampuan. Rendahkan taraf hidup kau. Jangan asyik nak tukar kereta baru je. Kereta lama selagi boleh guna, guna lah. Setiap 5 tahun tukar kereta tetapi masih menyewa tak guna jugak.

7. Berhenti beli majalah sukan, bola sepak, hal ehwal kereta, akhbar. Baca je online. Melabur dalam ilmu punya lah berkira. Tetapi majalah sukan kemain kemas tersusun.

8. Kalau tak mampu menyimpan tiap bulan, potong bajet mana tak perlu. Keahlian gym, golf, spa misalnya. Kau pergi je lah bersenam dekat taman rekreasi. Ramai awek der.

9. Tak perlu nak rewards yourself sangat lah, jika dapat gaji terus rewards yourself sampai habis RM500-RM600. Bila masanya nak menyimpan? Suruh masuk RM5 dalam tabung masjid pun terketar-ketar tangan.

10. Setiap hari lepak mamak. Kau kasi mamak kaya, kau sendiri terkapai-kapai dalam kewangan. Belajar memasak. Lagi jimat.

IKLAN

11. Ada iPhone setakat nak main Candy Crush, main WhatsApp, main Facebook je tak guna. Download aplikasi untuk tracking kewangan kau. Barulah kau tahu ke mana wang kau menghilang. Boleh muat turun aplikasi “Money Manager Expense & Budget”, ataupun “My Tabung BNM”.

12. Kau jangan bawa anak dara orang ke hulu ke hilir, lepas tu tinggalkan. Sebab cari calon ustazah nak buat bini. Masa bercinta nak yang cun, yang seksi je. Bila nak kahwin cari yang ustazah yang ada ciri-ciri keibuan.

13. Beli je barang terpakai, bundle pun ada yang baru juga. Tak payah nak pakai yang berjenama je. Tak perlu up to date sangat. Pakaian nak yang dekat butik saja. Nak jadi macam Wak Doyok bagai. Nanti Wak Doyok makin ramai susah la. Tukar pada jenama lebih murah, jenama baju dekat Mydin berkualiti.

14. Lupakan travel ke luar negara jika ada hutang keliling pinggang. Tak payah nak luaskan pemandangan sangatlah. Kau berhutang yang tak perlu tu pun dah menunjukkan kau dah tak bijak dah.

15. Jangan beli kereta lagi jika masih bujang. Beli je motor dulu. Beli je motor Honda EX5. Boleh jimat minyak. Sebulan dalam RM20 je. Kalau makwe tanya kau pergi kerja naik apa, dengan bangganya kau boleh jawab “pakai Honda je.”

16. Jangan malu bawa bekal ke pejabat. Kau bijak dan berjimat-cermat. Kau tahu kau bukan orang berada.

IKLAN

17. Biar pakai motosikal tapi dah ada rumah sendiri. Dah jadi tuan rumah. Duduk rumah percuma je. Tak macam kawan sejawat kau, pakai Honda Civic 2016 tapi masih menyewa.

18. Belajar memasak, mengemas rumah sekali sekala. Apa salahnya kau pandai memasak, mengemas rumah, basuh baju, sapu sampah. Jangan anggap buat kerja rumah tanggungjawab isteri je. Keluarga kau makin bahagia. Dapat pahala. Isteri semakin sayang.

19. Berhenti merokok dan isap vape. Nak kaya ke tak? Orang kaya tak bakar duit. Dorang melabur duit.

20. Jangan tunggu gaji tinggi baru nak melabur. Melaburlah ikut kemampuan dalam instrumen pelaburan yang diyakini. Jauhi Skim Cepat Kaya.

Kau jangan nak cari calon isteri yang sempurna je sebab kau tak pernah jumpa. Tiada manusia yang sempurna pun. Kekurangan itu saling melengkapi, kelebihan itu disyukuri.

Hati perempuan ni sensitif. Sebelum dapat, kemain kau mesej bertanya khabar, sakit sikit terus pergi hantar ubat, hari-hari kejut bangun Subuh. Tetapi bila dah dapat, kau layan tak layan je. Mesej pun balas sepatah-sepatah.

Kau belajar tak tinggi takpe janji bijak. Bukan bijak ilmu je, bijak hormat orang tua, bijak menguruskan masa, bijak urus kewangan dan juga bijak beragama. Tak la sampai kau kena jadi ustaz tapi kau tahu niat solat imam tu kira okay la tu. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI