7 Langkah Hilangkan Sakit Tekak Dan Batuk Dengan Pantas, Cubalah!

by | Jul 11, 2017

[mashshare]

Mesti ramai yang mengalami sakit tekak akibat cuaca panas sekarang ditambah undangan rumah terbuka yang tak putus-putus. Memang rasa gatal dan tidak selesa dibuatnya kalau sakit tekak menjelma. Makan ubat sakit tekak pun sekejap je kesannya.

Punca sakit tekak itu berbeza-beza, tapi kerap disebabkan oleh jangkitan kuman atau alahan. Keadaan ini menjadi tidak seronok dan selesa apabila kita mengalami batuk dan sakit tekak yang berterusan. Bayangkan

Jadi segera amalkan langkah dibawah untuk menghantikan sakit tekak dan batuk agar tidak melarat.

  1. Kumur Dengan Air Garam

Air garam membantu meredakan bengkak dan membantu mengeluarkan kahak di tekak. Cara ini secara tidak langsung mampu menghilangkan sakit tekak dan batuk. Hanya  perlu mengambil segalas air suam dan sesudu teh garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam tersebut selama 15 saat sebanyak tiga kali sehari. Petua hilangkan batuk ini dilakukan secara beransur-ansur sehingga batuk tersebut hilang. 

2. Hisap Bawang Putih

Bawang putih mengandungi bahan yang di panggil ailicin. Ia membunuh bacteria dan kuman yang menyebabkan radang kegatalan di tekak. Ambil dua ulas bawang putih dan masukkan setiap satunya ke dalam mulut di tepi pipi seperti memakan gula-gula Hisap dan sesekali gigit bawang itu untuk mengeluarkan ailicinnya. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.

3. Madu

Pada madu yang berasa manis ini terkandung sifat anti-bakteria, anti-virus, dan anti-kulat yang boleh bertindak melawan jangkitan kuman penyebab sakit tekak. Ini hanya maklumat lebih lanjut dari mata sebelumnya. Anda boleh makan madu dengan air suam ataupun dicampur teh.

4. Air Putih

Air menjadi sumber kehidupan, Anda pasti setuju itu. Kekurangan cecair di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, seperti tekak menjadi kering dan berhujung sakit. Salah satu ubat sakit tekak semulajadi yang murah dan boleh didapati di mana saja adalah air mineral. Air akan membantu mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat mukosa atau dinding saluran tekak sentiasa lembap.

  1. Sedut Wap Panas

Wap panas membantu menghilangkan sakit tekak dan melancarkan pengaliran udara dalam hidung yang tersumbat. Kalau nak lagi berkesan, titikkan sedikit pudina atau aromaterapi untuk membantu melegakan liang pernafasan.

  1. Kunyah Bunga Cengkih

Ulas bersifat antibakteria dan anti-inflamasi yang boleh mengatasi keadaan kurang menyenangkan pada saluran tekak. Mengunyah bunga cengkih dapat mengeluarkan eugenol dan secara tidak langsung memberi rasa kebas dalam mulut sehingga ke tekak.

7. Makan Saja Aiskrim Vanilla

Aiskrim vanilla dipercayai dapat mengurangkan keradangan seterusnya mengurangkan sakit tekak kerana ia menyebabkan tekak terasa kebas. Aiskrim sifatnya sejuk apabila anda memakan aiskrim tekak anda akan berasa begitu nyaman. Jangan pula anda memakan ais batu kerana ia akan membuat batuk anda bertambah teruk lagi.

FOLLOW KAMI

VIDEO

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: