Protein semulajadi penting dimakan sewaktu sarapan pagi. Salah satu contohnya adalah pengambilan telur, yang boleh membangkitkan tenaga sebelum bekerja.

Namun bukan itu saja, kajian telah merangkumkan banyak manfaat dari telur jika diambil waktu sarapan pagi. Ini 10 khasiat lainnya. 

1. Pelengkap Protein

Telur memainkan peranan yang unik dalam sintesis protein otot dan isyarat insulin. Protein dalam telur sangat tinggi dan manfaatnya membuat perut kenyang lebih lama.

2. Cegah penyakit jantung

Satu butir kuning telur mengandungi kira-kira 212 mg kolesterol. Sesuai saranan penyelidik dalam seminggu seseorang yang mengambil empat kuning telur setiap minggu berkemungkinan besar dapat mencegah risiko penyakit jantung.

3. Sumber nutrisi

Kuning telur mengandungi nutrisi lebih besar berbanding putih telur. Termasuk di dalamnya ada sumber lemak tak tepu, protein, vitamin dan mineral

4. Menu Sarapan Yang Sihat

Dua biji telur separuh masak pada setiap hari untuk sarapan terbukti boleh mengecilkan ukuran pinggang. ‘Lemak jahat’ di dalam telur separuh masak juga merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik. Tidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain, kerana telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.

5. Membantu Pembentukan Otot

Untuk membentuk otot agar kelihatan tegap, bukan hanya dengan menikmati telur yang direbus sahaja.Pengambilan telur separuh masak ternyata boleh membentuk otot dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.

6. Bantu Turunkan Berat Badan

Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi energi dan mampu membantu untuk membentuk otot-otot ataupun kulit. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber energi yang jauh lebih baik dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda kenyang lebih lama.

7. Menguatkan Daya Ingatan

Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak kita.

8. Mencegah Penuaan

Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara rutin boleh membantu tubuh, organ tubuh serta fungsinya dari pada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.

9. Mencegah Anemia

Darah di dalam tubuh sangat penting bagi fungsinya. Kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.

10. Baik Untuk Mata

Kesihatan mata sangat penting sebagai fungsi penglihatan. Vitamin A adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata.Vitamin A yang terdapat di dalam telur separuh masak ini juga jauh lebih banyak berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: