Kebanyakan penyerang akan menggunakan beberapa taktik untuk melarikan diri menggunakan kekasaran. Tak ramai yang tahu bagaimana untuk melindungi diri mereka lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi sebegini.  Satu kajian telah dijalankan ke atas sekumpulan perogol di dalam penjara tentang perkara yang mereka aim pada mangsa yang berpotensi untuk dirogol. Beberapa fakta menarik untuk dikongsi bersama.
 
1) Perkara pertama yang lelaki tengok pada mangsa adalah stail rambut. Mereka lebih memilih untuk mencari perempuan yang berambut tocang, bersanggul dan ber’braid’ atau lain-lain stail rambut yang mudah untuk dicapai dengan tangan. Mereka lebih mengejar perempuan yang berambut panjang. Perempuan berambut pendek selalunya tidak menjadi target. 
 
Muslimah (Perempuan Islam) diwajibkan memakai tudung. Nah, ini lah hikmahnya Allah suruh pakai tudung. Tak percaya? Sila rujuk Al quran di rak anda itu, cuba selak Surah An- Nur.
 
Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31]. 

 
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
 
2) Perkara kedua yang lelaki perhatikan adalah pakaian. Mereka akan mencari perempuan yang memakai pakaian yang mudah untuk ditanggal  Kebanyakan daripada mereka membawa bersama gunting untuk memudahkan kerja mencarik pakaian.
 

Sebab tu kita kena pakai baju yang labuh dan longgar bukannya ketat lagi nipis. Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

 
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

 
3) Mereka juga mencari perempuan yang sedang leka menggunakan telefon bimbit, khusyuk mencari barang dalam purse atau lain-lain aktiviti yang dilakukan semasa berjalan disebabkan oleh kelekaan (off guard) dan senang untuk dikalahkan.
 
4) Tempat pertama terjadinya kejadian penculikan/serangan ke atas wanita ialah tempat parking kedai runcit.
 
5) Tempat  kedua ialah tempat parking pejabat/garaj.
 
6) Tempat ketiga ialah tandas awam.
 
Lazimkanlah diri anda wahai wanita dengan Ayatul Kursi, semoga dalam lindungan Allah selalu dari mula langkah pertama kita keluar dari rumah hingga pulang kembali.
 
7) Seperkara lagi tentang lelaki-lelaki ini,  mereka menanti untuk menculik perempuan dan cepat-cepat pindahkan dia ke tempat yang selamat daripada ditangkap. 
 
8) Jikalau anda terus bertindak melawan dalam apa bentuk cara sekalipun, mereka akan terus berputus asa dan dalam beberapa minit mereka akan sedar terlalu banyak masa diambil dan tidak berbaloi untuk terus mengejar anda.
 
 
9) Lelaki-lelaki ini menyatakan mereka tidak akan memilih perempuan yang di tangan mereka mempunyai payung atau lain-lain alat yang serupa dengannya dan boleh digunakan dalam suatu jarak tertentu.
 
10) Anak-anak kunci tidak berkesan kerana anda perlu berada sangat dekat dengan penyerang untuk menggunakan kunci sebagai senjata. Maka, mereka hanya akan menganggap usaha anda tidak akan berjaya. 
 
Beberapa perkara untuk diingati bersama.
 
1) Jika seseorang mengekori anda dari belakang di jalan atau di garaj atau bersama anda di elevator atau tangga, pandang mereka berhadapan dan tanya soalan seperti, “Pukul berapa sekarang?”, atau cetuskan perbualan singkat “Panaskan hari ini?”, “Nampaknya hujan sangat lebat”. Sekarang anda dapat lihat dan cam muka mereka andai mereka ditangkap, anda akan terlepas daripada menjadi target.
 
2) Sekiranya seseorang sedang datang ke arah anda, halakan tangan anda di hadapan dan tengking “Berhenti! atau Pergi” . Kebanyakan perogol-perogol tersebut menyatakan mereka akan terus tinggalkan perempuan yang menengking  atau menunjukkan yang mereka tidak takut untuk melawan. Sekali lagi diingatkan, mereka mencari easy targett (baca : target mudah).
 
3) Jika anda membawa bersama Penyembur Lada Hitam (Pengajar tersebut sangat mencadangkan penggunaan Pepper Spray dan sentiasa dia sentiasa membawanya bersama ke mana sahaja dia berada). Jerit saya ada “Pemedih Mata!” dan pegang ke arah mereka akan berfikir dua kali untuk terus menyerang.
 
4) Jika seseorang merangkul anda dan anda tidak mampu untuk menyerang mereka, anda masih mampu melawan. Jika anda dirangkul dari belakang pada bahagian pinggang, cubit penyerang sama ada pada bahagian bawah lengan antara siku dan ketiak atau pada cubit bahagian peha atas – KUAT-KUAT (benamkan kuku anda!). Seorang perempuan dalam kelas ini pernah mencubit bahagian bawah seorang lelaki yang cuba merogolnya sewaktu berdating (date rape) dia terlalu marah sehinggakan perempuan tersebut telah mengoyakkan kulit dan otot lengan lelaki itu sehingga perlu dijahit. Cuba picit diri sendiri di tempat tersebut sekuat yang mungkin, mesti anda tak tertahan kesakitannya.
 
 
5) Selepas pukulan pertama, serang bahagian antara kelangkang mereka (alif nun waw). Saya tahu daripada beberapa episod malang, jika anda serang tempat tersebut ianya tersangat menyakitkan, senak. Anda mungkin fikir lelaki tersebut akan marah dan dia akan lebih mencederakan anda. Tetapi perogol-perogol tersebut memberitahu mereka hanya mahukan perempuan yang tidak akan mengakibatkannya pelbagai masalah. Maka, mulakan sesuatu masalah, dan dia akan pergi dari situ.
 
6)  Apabila lelaki meletakkan tangannya ke atas anda, capai dua jarinya dan bengkokkan ke belakang sejauh yang mungkin dengan sekuat-kuat tekanan dan tolak ke arah mereka secepat mungkin. Pengajar tersebut telah cuba pada saya tanpa menggunakan apa-apa tekanan sehinggakan saya akhirnya melutut dan jejari saya ‘meletup’ kuat. 
 
7) Semestinya, perkara yang selalu kita dengar kita akan gunakan. Selalu perhatikan keliling anda, kalau boleh bawa seseorang bersama dan jika anda merasakan sesuatu yang ganjil jangan buat-buat tak tahu,  ikutlah gerak hati. Kadang-kadang anda mungkin rasa macam orang bodoh, tapi anda akan rasa lebih teruk jika lelaki tersebut adalah masalah sebenarnya.
 
 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: