Kadang-kadang untuk menghiburkan seseorang ibu, tidak semestinya memerlukan wang ringgit yang banyak. Tetapi hanya menerusi dengan mengedit sekeping gambar mampu memberi kenangan yang berharga buat ibu. Kasihnya anak terhadap ibunya, walaupun tidak dapat membawa ibunya melancong kerana kesibukkan kerja. Tindakan anak lelaki itu telah memberi mesej kepada seluruh anak di seluruh dunia untuk sentiasa menghiburkan ibu anda.

Bagi Chub pula, beliau berasa menyesal dengan kesibukan kerja yang menyukarkan beliau membawa ibunya bercuti. Ditambahkan pula dengan kesukaran ibunya berjalan, melihat dan mendengar menyebabkan lebih sukar buat mereka bercuti ke mana-mana.

Chub berkata “saya berharap saya dapat memutar waktu dan mengubah semuanya dan boleh membawa ibu saya melihat tempat-tempat indah di seluruh dunia. Saya berharap orang lain yang melihat hasil edit gambar itu dapat membawa ibu mereka ke tempat-tempat yang menarik.

Berikut, terdapat 9 gambar edit ibunya telah mengelilingi dunia. Semoga ianya mampu memberi inspirasi kepada anda untuk membawa ibu anda bercuti, sebelum semuanya terlambat seperti yang dialami Chub

 

#1. Gambar berlatarbelakang Menara Eiffel di Paris, Prancis.

 

#2. Bercuti ke Benua Afrika.

#3. Melintas jalan di Tokyo, Jepun.

 

#4. Taman penguin di Jepun.

 

#5. Venezia, Itali.

 

#6. Bromo, Indonesia.

 

#7. Di manakah tempat ini?

 

Tersentuh tak dengan afford Chub ni.  Mesej mulia yang cuba disampaikan oleh Chub kepada seluruh anak-anak di dunia ini. Apa pandangan anda tentang gambar-gambar ini? Pernahkah anda membawa ibu anda bercuti? Ke manakah anda membawa ibu anda? Sila kongsikan gambar dan pandangan anda di ruang komen.

Sumber: taikotv

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: