BUKAN MUDAH UNTUK DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL, ADA SAHAJA ORANG MENGATA DAN MEMBUATKAN SEMANGAT KITA LUNTUR SEHINGGA BERJAYA, BERSAMA DENGAN ANAK MUDA INI, BERKONGSI KISAH MOTIVASINYA DEMI MEREALISASIKAN IMPIANNYA SEHINGGA BERJAYA!


1. Bagaimana anda bermula dan terlibat dengan dunia kecergasan secara serius?

13 April 2016 saya bermula secara serius. Pada mulanya memang dah give up sebab pelbagai cara saya dah cuba, dari beli ubat kurus sampailah bayar personel trainer, tapi tiada hasil malah menjadi semakin gemuk!

2. Pencapaian terbaik dalam dunia kecergasan setakat ini?

Bila saya berjaya menurunkan berat badan dari 111kg to 69/70kg


3. Mengapa terdetik untuk berubah?

Faktor sekeliling, keluarga, kawan, kerjaya dan saya melihat kesihatan untuk jangka masa yang panjang.

4. Pernah dikritik sebelum ini? Masih ingat apa kata-kata tersebut yang buat anda jadi seperti sekarang?

Saya pernah dilabel sebagai anak panda, ya lah dengan perut dan dada sama besar. Itu paling memberi kesan. Pernah juga diperlekehkan terutama apabila baru-baru berjinak-jinak untuk kuruskan badan.  Susah nak cari saiz baju dan seluar juga salah satu sebab kenapa saya nak kuruskan badan. Dulu saiz 46 dan sekarang dalam 30.

5. Apa menu anda amalkan setiap hari
Sarapan : Oat, cia seed, madu, hot greentea,apple cider
Lunch : Anything as long as based ayam, ikan and wajib ada sayur
Dinner : Ermm takde heavy dinner, cuma snacking (kiwi, tembikai, epal, betik as long buah buahan)

Air masak wajib 3-4 liter per day.

6.Apa menu yang akan anda hindari sehingga ke hari ini? Adakah pola diet anda sentiasa terkawal?
Alhamdullilah masih on track, lain orang mungkin lain cara dan gayanya, saya hanya elak dan kurangkan nasi, garam,gula, minyak dan santan.

7.Berapa kali seminggu anda bersenam

Boleh dikatakan setiap hari, kalau tiada masa, sekurangnya 15 min setiap hari sudah memadai.

8. Kongsikan rutin anda di gym setiap hari, jenis senaman yang anda lakukan, berapa lama?

Saya tak pergi ke gimnasium setiap hari,  biasanya di gim saya buat body pumping sebab ia melibatkan dari dada sehingga ke kaki. Kalau outdoor, saya  akan berjogging dalam sejam.. planking 5min, climber 1 min, abs workout sampai penat!

9. Kepentingam nutrisi sewaktu berdiet?

Perlu sebab 70% adalah pemakanan, we are what we eat

10.Qoutes anda untuk berjaya

Pedulikan mulut orang,  teruskan usaha and keep on fighting

11. Bina badan adalah rutin yang memerlukan disiplin dan pengorbanan yang besar dari segi wang dan masa, adakah ia berbaloi?

Berbaloi., selagi ada high determination, minat dan goals yang jelas. Saya hanya spend untuk gym membership, makanan sihat, baju juga alatan senaman sahaja.

13. Berapa lama anda alami transformasi?
Saya mula 13 April 2016 genap 13 April 2017 saya dapat capai ideal weight with ideal bmi.

14. Idola anda dalam dunia kecergasan?

Kalau local saya banyak melihat kevin zahri. Selain tu saya sangat admire mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sebelum saya, saya akan tanya dan stalk cara mereka menurunkan berat badan.

15.Nasihat anda untuk mereka yang baru nak berjinak ke dalam dunia kesihatan?

Buat yang masih baru, jangan give up kerana masih banyak lagi cabaran lain yang bakal menyusul. Sila disiplin dan jangan malas bertanya kepada pakar jika perlu.

16.Cheat day, adakah anda juga amalkannya?

Saya ada jadual manual yang saya catat menu harian, jika terlebih makan saya akan lebihkan senaman.

17.Best exercise?
Abs workout sebab bila muscle pain, means lemak terbakar dan otot boleh terbentuk  with consistenc.

18.Mengapa anda sarankan orang ramai untuk turut sama amalkan gaya hidup sihat.

Cuba cabar diri sendiri, cuba dulu baru tahu nikmat bila kita amalkan gaya hidup sihat mulakan dengan10-15 minit setiap hari dahulu.

19. Pandangan serong terhadap kaki gym, komen anda?

Once netizen, selamanya netizen, hahahah asalkan anda tahu dan ada goals yang jelas ignore sahaja mulut orang.

SHEIK AMILHISHAM BIN SHEIK HASHIM*
Umur : 25 Tahun..
Pekerjaan : Penjawat Awam

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: