Tips bahagia dan happy dalam rumah tangga memang selalu kita dengar, samada di media cetak atau elektronik. Ramai juga pakar motivasi memberikan petua dan cara tersendiri, namun masih lagi ramai yang merasakan tidak bahagia.

Kehidupan rumah-tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W, malah ia adalah merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat dari Allah.

Dalam hidup berpasangan ini yang paling bahagia bila pasangan juga bahagia dengan kita. Ramai para isteri lupa tentang suami pun punya perasaan dan emosi yang perlu dijaga. Antaranya…

1. Memahami minat masing-masing

Rasanya tak perlu untuk isteri mengawal minat suami kan. Kalau suami memang suka bermain futsal atau menonton bola sepak, sang isteri patut beri masa untuk suami enjoy bermain bersama teman-teman. Cara ini sedikit sebanyak memberi sokongan minat dan hobi si dia. Kalau isteri pun turut serta lagi best, memang sukalah si suami.

2. Hubungan intim


Setiap individu pasti punya fantasi dalam hubungan seksual. Cuba untuk berbincang suami isteri tentang cara dan kehendak masing-masing didalam bilik. Tak salah pun dah kahwin kan!

3.  “I kagum dengan you”

Mungkin selama ini isteri langsung tak pernah perasan akan rutin seharian pejabat, penat lelah suami mencari rezeki atau menguruskan kelengkapan rumah dan anak-anak. Apa kata fikir sejenak tentangnya dan jangan lupa untuk ucapkan terima kasih, cinta serta rasa kagum terhadap kegigihan si dia dalam membina mahligai.

4. Sokongan semasa

Seperti biasa ianya berkaitan dengan menyediakan makan minum, menggosok pakaian dan pastikan rumah dalam keadaan kemas tersedia. Mungkin nampak biasa tapi percayalah ia memberi kepuasan pada si suami kerana memiliki anda. Tapi ingat, hubungan yang sihat apabila masing-masing tahu tugasan sendiri atau berkongsi kerja rumah.

5. Isteri yang cantik


Tak perlu cantik seperti selebriti, cukup dengan kemas, bersih dan bertata rias buat dirinya. Alahai, takkanlah tak nak tengok isteri kita cantikkan.Belikan sesekali barangan makeup dan baju yang dia minat. Sebenarnya penampilan diri isteri sedikit sebanyak dapat mengubah mood suami.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: