Ini lagi satu masalah yang selalu menghantui lelaki. Jerawat dah kecut tapi ada masalah lain pulak datang iaitu PARUT JERAWAT.  Parut jerawat ni kalau tak di rawat memang teruk kesannya lagi-lagi jenis yang hitam dah macam ‘chiken pox’ pula nampaknya. Memang ramai alami masalah ni, susah betol nak hilangkan parut. Lepas ni tak payah gi SPA, makan 5 buahan dan sayuran ni je…

1. Brokoli

Mengandungi bahan anti-radang dan tinggi vitamin serta mineral. Jadinya ia amat baik untuk mengurangkan pigmentasi pada kulit terutamanya pada kulit yang berparut. Warna parut lebih pudar dan tidak bertompok.

 

2. Lemon

Jus lemon boleh diminum sebagai air detok yang melawas penghadaman dan menyingkir toksik. Atas faktor asidik dalam lemon ia juga mampu mengurangkan minyak dan bakteria terkumpul pada kulit. Memudahkan untuk perawatan jerawat dan parut jerawat. Lumur sahaja lemon pada kawasan kulit bermasalah, biarkan selama 10 hingga 15 minit kemudian bilas dengan air suam.

 

3. Betik

Bukan sahaja sedap dimakan, betik juga boleh dibuat masker. Vitamin A didalam buah pelawas ini membasmi sel kulit mati dan membuang segala protein yang tidak aktif. Kalau anda buat betik sebagai masker ia boleh dijadikan sebagai masker anti-penuaan. Diyakini menegangkan kulit, mengurangkan kesan parut dan tompok gelap.

 

4 Lada Benggala (Kuning)

Rupanya ia ada vitamin C lah! Pengambilan lada benggala warna kuning boleh mengurangkan radang kulit. Paling penting siapa ada parut jerawat jenis ‘kawah’ sangat recommended kerana kolagen pada lada benggala boleh memperbaiki masalah itu.

 

5. Bayam

Sayur-sayuran yang tinggi zink seperti bayam sebenarnya sangat cepat memulihkan parut jerawat. Bukan sahaja merawat kulit yang rosak, malah ia juga menghasilkan sel kulit dan kolagen. Bayam juga naik untuk membaiki masalah mata, menguatkan otot dan banyak lagi!

Lepas ini kena sentiasakan amalkan sayuran dan buahan diatas untuk kurangkan bekas-bekas jerawat lama.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: