• 14
    Shares

PERNAH ATAU TIDAK ANDA LIHAT GAMBAR LAMA ADA SEWAKTU USIA 20-AN, MESTI ADA PERUBAHAN BESAR PADA FIZIKAL YANG BOLEH ANDA KESAN. JANGAN RISAU KERANA SEMUA ORANG AKAN TUA, TETAPI APA DIA 5 TANDA MENUNJUKKAN ANDA MEMANG BETUL-BETUL DAN MENJENGAH USIA 30-AN

 

RAMBUT MULA GUGUR

Mungkin beberapa dari anda berpendapat keguguran merupakan masalah kosmetik dan tidak ada hubungannya dengan kesihatan. Tetapi, tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki di akhir usia 20-an mengalami masalah emosi kerana masalah ini, mereka tidak bersedia dengan keguguran dan mengalami krisis percaya diri kerananya. Malahan masalah ini akan mengganggu penampilan seseorang dan membuatkan diri lebih mudah hilang rasa keyakinan terhadap banyak perkara.


KANSER PROSTAT

Kanser prostat adalah kanser yang paling umum berlaku pada lelaki, tetapi khabar baiknya kanser ini mudah diatasi. Kira-kira satu daripada enam lelaki pernah mengalami kanser ini dalam hidupnya, dan mereka yang mempunyai ayah atau saudara pesakit kanser prostat biasanya mempunyai risiko dua kali lebih tinggi.

SEMAKIN GEMUK

Ketika memasuki fasa ini, lelaki mengalami kesukaran untuk mengurangkan berat badan.Melambatnya metabolisme tubuh dan tingginya tahap stres merupakan beberapa faktor penyebabnya.

TEKANAN

Anda pasti tahu hidup tidak lah mudah untuk lelaki dewasa, mereka sibuk menata kerjaya, membahagikan masa dengan keluarga, membesarkan anak. Tetapi, tidak ramai yang menyedari bagaimana tanggungjawab tersebut memberikan tekanan dan boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan mental (kemurungan) dan kesihatan anda secara keseluruhan lebih-lebih lagi sudah tentu ia juga sedikit sebanyak menjejaskan kualiti seks sehingga membawa kepada masalah mati pucuk

TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi atau hipertensi dikenali dengan istilah ” silent killer” kerana penderitanya sering kali tidak menyedari kehadiran penyakit ini. Darah tinggi tidak mempunyai tanda atau gejala yang jelas, walaupun begitu hipertensi menjadi punca kematian berjuta-juta lelaki dewasa di atas usia 20 tahun.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: