• 66
    Shares

Sebelum kemunculan drama Korea di Malaysia, drama Filipina, Telenovela Mexico dan Sinetron Indonesia telah menghiasi hari-hari anda di kaca tv. Drama Thailand juga tidak ketinggalan. Anda masih ingat lagi dengan drama Wei Rai High School? Drama yang cetus fenomena di Malaysia. Selepas dari itu, banyak filem dari negara jiran ini masuk ke dalam negara kita seperti Ong Bak, Shutter dan banyak lagi. Dalam 2010, Malaysia digemparkan dengan pelakon Thailand yang memiliki wajah seperti artis kpop. Filem A Crazy Little Thing Call Love ini memang trending lah dekat Malaysia ni. Jadi, ini antara artis Thailand yang mungkin anda kenal, atau mungkin anda tak kenal menjadi hero dalam Thai Lakorn.

 

Weir Sukollawat Kanarot

 

Pelakon kacak yang mempunyai kelulusan Civil Engineering ini sudah mula belakon daripada tahun 2008. Lahir pada 18 April 1985, Weir masuk ke dalam industri dengan bantuan pengurusnya Ae Suphachai yang melihat gambarnya dari telefon rakannya. Ae terus melamar Weir untuk masuk ke dalam dunia hiburan. Pada ketika itu, Weir masih lagi dalam pengajian. Setelah dapat green light daripada orang tuanya, beliau terus masuk ke dalam dunia lakonan.  Lakorn pertama beliau ialah Plik Din Su Dao dimana dia berpasangan dengan bekas teman wanitanya, Pancake Khemanit Jamikorn.

 

 

Mario Maurer

Sebelum semua wanita gilakan Menteri Belia dan Sukan, wanita banyak gilakan pelakon Thailand ini. Mario Maurer yang mula masuk ke pasaran Malaysia menerusi lakonannya dalam filem A Crazy Little Thing Call Love. Tak sah kalau mereka yang gemar kpop tidak tahu filem ini. Cinta remaja yang sangat sweet! Untuk pengetahuan anda, lelaki yang lahir pada tahun 1988 ini, mempunyai darah kacukan Cina dan Jerman. Sebab itu wajahnya kacak! Pada usia 16 tahun, Maurer telah mejadi model pengambaran untuk tujuan komersial, sisipan kulit muka majalah dan video muzik. Pada tahun 2007, beliau memulakan kariernya sebagai pelakon sebagai watak utama dalam filem bergenre percintaan berbahasa Thai iaitu The Love of Siam.

 

 

Sunny Suwanmethanon

 

Lelaki yang makin mencipta nama di Malaysia menerusi filem I’m Fine Thank yoU, Love You ini lahir pada 18 Mei 1981. beliau merupakan seorang pelakon dan model Thailand. Beliau terkenal setelah berlakon sebagai Khaiyoi dalam filem Dear Dakanda pada tahun 2005. sedikit trivia untuk anda, Sunny tidak pernah datang ke Malaysia sebelum ini, melalui filem yang di promosikan bersama Nickhun dan Yaya, beliau berasa sungguh teruja kerana mempunyai peminat di Malaysia. Mestilah kita suka Sunny cakap English! Vass

 

 

 

Sukrit Wisetkaew

Sukrit Wisetkaew dilahirkan 4 September 1985, lebih selesa dipanggil  dengan nama panggilannya Bie. Dia merupakan seorang penyanyi dan pelakon pop Thailand. Bakatnya mula dikenali apabila dia memasuki tandingan bakat televisyen Thailand yang ketiga di The Star. Selepas berjaya mendapat tempat ke dua, Bie menjadi salah satu penyanyi yang paling popular dan mendapat populariti yang besar selepas single debutnya I need Somebody.

Selain kariernya sebagai penyanyi dan pelakon dalam drama TV dan sitkom, beliau juga dilatih untuk menjadi pelakon teater dalam beberapa muzikal.

Pada 2008, selepas di bawah 2 tahun dalam dunia  hiburan, Bie menjadi salah satu daripada Orang Yang Paling Berpengaruh di Thailand menerusi salah sebuah majalah tempatan Thailand. Lakonannya memang menjadi, antara drama lakonannya adalah You’re My Destiny yang di adaptasi dari drama Taiwan dan Korea. Sila tengok ye.

 

Nadech Kugimiya

 

Lahir pada tahun 1991 ini merupakan aktor dan model di Thailand. Nadech Kugimiya dilahirkan di Khon Kaen, Thailand. Beliau merupakan lelaki kacak berdarah campuran Austria dan Thai. Namun, beliau telah dibesarkan oleh ayah angkatnya, Yoshio Kugimiya dan ibu angkatnya, Sudarat Kugimiya. Beliau adalah anak tunggal kepada ayah dan ibu angkatnya. Ayah angkatnya adalah orang Jepun dan ibu angkatnya adalah orang Thai. Nama samaran beliau “Barry” datang dari nama samaran asal beliau, “Brand”. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Komunikasi di Universiti Rangsit, Thailand. Pada tahun 2010, beliau memulakan debut drama beliau menerusi wataknya sebagai “Nawa Gamtornpuwanat” dalam drama Ngao Rak Luang Jai. Beliau memperoleh populariti yang besar di Thailand selepas lakonannya sebagai watak utama, “Fai Akkanee Adisuan” bersama pelakon wanita Urassaya Sperbund dalam drama Duang Jai Akkanee daripada siri drama 4 Hua Jai Haeng Khun Khao.

 

Mike Pirath Nitipaisankul

Awalnya lelaki ini merupakan seorang pnyanyi berkumpulan bersama abangnya sejak tahun 2002 lagi. Kebelakangan ini, Pirath atau lebih selesa dengan panggilan Mike lebih menumpukan pada aktiviti lakonannya. Mula menempah nama di Malaysia apabila Thailand membuat remake drama siri Korea Full House, lelaki yang mempunyai iras Korea ini status sudah berkahwin tidak menghalangnya untuk terus melebarkan sayapnya di seluruh asia dengan membintangi drama bersiri dari China.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: