• 90
    Shares

Anda tahu bahawa diet yang sihat adalah penting untuk kesihatan, tetapi anda rasa anda sudah mendapatkan nutrien yang mencukupi daripada makanan harian anda? Mati pucuk, pemulihan otot selepas senaman, kemurungan, kemerosotan kognitif, kemandulan, dan banyak lagi – Mari kita lihat makanan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan lelaki.

Tiram

Tiram mengandungi lebih banyak zink dalam setiap hidangan berbanding mana-mana makanan yang lain. Seperti yang kita tahu, zink adalah mikronutrien penting untuk kesihatan prostat: Tahap zink yang rendah terkait dengan masalah kesuburan dan prostat. Badan kita tidak mempunyai kuantiti zink yang mencukupi. Jadi adalah penting untuk mencukupkannya dalam setiap hidangan atau melalui suplemen. Jumlah disyorkan setiap hari bagi lelaki adalah lebih kurang 11 mg.

Salmon liar

Kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan mati pucuk (ED). Jadi pegambilan vitamin D yang mencukupi boleh membantu mengurangkan risiko ED dengan mengurangkan kerosakan pembuluh darah yang dicetuskan oleh keradangan, menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2012.

Biasanya lelaki yang mengalami disfungsi erektil mempunyai peluang yang lebih besar mendapat keradangan endothelial berbanding orang lain, dan ia dipercayai bahawa mengurangkan keradangan ini boleh meningkatkan aliran darah. Sekeping kecil salmon liar mengandungi sehingga 112 peratus vitamin D daripada keperluan harian yang disyorkan.

Kacang walnut

Kacang walnut adalah antara sumber terbaik asid lemak omega-3, antioksida, dan phytochemicals, yang sangat baik untuk kesihatan otak. Super-nutrien ini telah terbukti berkesan dalam mencegah kemurungan dan mengekalkan fungsi kognitif. Walnut juga terbukti mampu melawan tekanan oksidatif dan keradangan yang berlaku disebabkan penuaan, menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2014 dalam The Journal of Nutrition. Satu perempat cawan walnut mengandungi 2.7 gram lemak omega-3. Dan ini sudah melebihi jumlah harian yang disyorkan.

Susu coklat

Susu coklat boleh menjadi minuman segar yang berharga oleh banyak atlet sukan lasak, menurut penyelidik Central Washington University di Ellensburg, Washington, yang diterbitkan pada tahun 2012.

Susu coklat rendah lemak mengandungi nisbah karbohidrat:protein sebanyak 4:1, iaitu setanding dengan pelbagai minuman sukan komersial. Ia juga membekalkan cecair dan sodium yang disyorkan untuk membantu dalam pemulihan selepas senaman. Kajian ini menasihatkan pengambilan susu coklat langsung selepas senaman dan dua jam kemudian.

Buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan serat dan mengandungi phytonutrien yang boleh membantu melindungi jantung anda, melawan keletihan, dan memberikan anda perasaan yang menyenagkan. Walaupun lelaki memerlukan lebih banyak campuran ini berbanding wanita, Mereka dinasihatkan supaya mengambil 2 cawan buah-buahan dan 2.5 hingga 3 cawan sayur-sayuran setiap hari.

Penuhkan separuh pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap hidangan. Isi bahagian yang berbaki dengan bijirin dan protein berkualiti tinggi, seperti kacang, sesuaikan kuantiti ikan dan ayam. Kadangkala ambil daging merah dan tenusu.

Tumpukan pada kepada warna, kepelbagaian, dan kesegaran. Semakin lama diet anda akan menjadi lebih baik dan lazat serta sihat. Mulakan dnegan langkah kecil. Sebagai contoh tambah salad sekali sehari. Memandangkan ia adalah tabiat yang baik, anda boleh terus menambah kuantitinya lebih banyak.

Anda tidak perlu untuk menjadi sempurna dan anda tidak perlu meninggalkan makanan kegemaran anda untuk jadi sihat. Kehidupan yang sihat dan bertenaga adalah perjalanan jangka panjang, bukan hanya semalaman. Jangan berhenti berusaha.

SUMBER : Hellodoktor.com Oleh 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: