MUKA LESU?

Clinique Turnaround Revitalizing Instant Facial

Memberi kesegaran maksima pada kulit wajah lelaki. Tidak sekadar memberi kelembapan malah memulihkan kulit dari dalam dan memberi perubahan secara keseluruhan dari aspek kualiti kulit dengan membasmi kelesuan dan keletihan yang diekspresikan oleh wajah akibat seharian bekerja  serta mengurangkan garis halus selain membaiki tona kulit agar lebih sekata.

RAMBUT TIDAK TERURUS?

Bad Lab Like A boss

Mampu buat rambut tampak lebih kemas mengikut stail dan gaya anda. Clay rambut yang mempunyai garapan ‘fluidipure’ 8G yang merupakan ‘biometric’ aktif agar dapat mengelakkan iritasi pada kulit kepala dan rambut serta menjadikan rambut kelihatan stail dan segar.

RAMBUT BERMINYAK DAN BUSUK?

Schwarzkopf Profesional BC Scalp Therapy Deep Cleansing Shampoo

Nyata syampu yang membersihkan secara mendalam sehingga ke akar rambut agar membasmi kekotoran dan minyak akibat udara kotor. Kaya dengan panthenol, glycerin, asid amino dan vitamin B3 untuk melembut dan memberi kesegaran pada rambut.

WAJAH TIDAK BERMAYA?

Kiehl’s Ultra Facial Overnight Hydrating Masque

Memberi hidrasi berpanjangan pada kulit wajah kusam agar tampak lebih segar dan bermaya. Ia dirumuskan khas untuk semua jenis kulit agar kulit tampak lebih sihat.

BADAN BERBAU BUSUK?

Jack Black Cool CTRL Natural Deodorant

Bukan sekadar deodorant biasa yang hanya memberi perlindungan sementara. Mempunyai formula ‘free-alumunium’ yang hadir dalam teknologi membasmi bau badan, ia juga berfungsi sebagai anti-bakteria secara semula jadi untuk menghalang bau badan yang ketara untuk kesegaran sepanjang hari.

Biotherm Homme Aquafitness Shower Gel

Memberi kesegaran nyata buat tubuh dan rambut secara maksima. Hadir bersama sensasi haruman yang ‘fresh’ dan nyaman pasti buat diri anda rasa paling istimewa kala dibelai lembut.

 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: