Jadi yang paling menarik pada hari kamu menjadi pengantin lelaki. Tentu sahaja mata semua tamu tertumpu ke arahmu.

Start now

Memang mudah untuk berkata-kata, tapi sejujurnya, ramai lelaki kecundang untuk melakukannya. Jadi, angkat kaki anda, mulakan senaman dan aktiviti kecergasan sekarang!

Rangka perancangan

Jimat masa dengan mengatur program kecergasan mengikut seberapa banyak set dan rep yang bakal dilakukan. Rangka juga jadual pemakanan sihat dan senarai beli-belah barangan dapur terlebih dahulu.

 

Jurulatih peribadi

Lantik jurulatih peribadi untuk memantau dan memastikan plan kecergasan kamu berlangsung mengikut waktu. Jurulatih peribadi akan melatih kecergasan secara intensif berbanding jika anda berlatih secara sendirian.

Ukur dan timbang

Lakukan secara konsisten setiap empat atau enam minggu sekali. Dengan cara ini, kamu akan mendapati tahap kemajuan dan keputusan kecergasan yang jujur. Kamu juga  boleh menyelaras dan menyesuaikan rejim-rejim kecergasan bergantung keputusan itu.

 

Singkirkan stres

Menjelang hari perkahwinan, memang banyak perkara-perkara yang boleh mendatangkan stres pada minda. Maka, uruskan tekanan diri secara pintar. Tidur secukupnya atau sauna sangat berguna bagi melawan stres.

Abs are made in the kitchen

Tak kira betapa kerap anda rajin bertandang ke gimnasium atau berapa banyak masa dan jam serta tenaga yang diberi buat mengangkat berat, sebenarnya kecergasan yang sempurna diukur dengan cara bagaimana anda menjaga pemakanan sehari-hari.

 

Fokus pada motivasi

Jangan terlalu fokus pada hasil akhir kecergasan. Sebaliknya, jadikan ia sebagai rangsangan motivasi. Motivasi itu boleh dipupuk dan ia di bawah kawalan kamu. Tanam dalam hati, jika tidak mencapai matlamat motivasi itu tadi, kamu tidak akan mencapai keputusan kecergasan yang diidamkan pada hari besar kamu itu kelak.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: