Terdapat pelbagai khasiat yang boleh diperoleh daripada minyak sawit itu yang boleh digunakan bukan sahaja sebagai minyak masak, tetapi sebagai rumusan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan.

Minyak sawit merah mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting yang larut dalam lemak seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin D, E dan K.

Asid lemak adalah penting untuk membina membran setiap sel dalam badan anda termasuk tulang, saraf dan otak manakala mikronutrien pula memastikan sel-sel tubuh anda sihat dan berfungsi dengan baik.

KANDUNGAN BERKHASIAT

Kandungan karoten dalam minyak sawit merah ini pula adalah lebih tinggi berbanding yang dikandung tomato mahupun lobak merah. Karoten ialah sejenis antioksida yang membantu menguatkan sistem imun badan, dan dikaitkan dengan penurunan risiko kanser, penyakit jantung dan katarak. Ia turut membantu melindungi tubuh anda daripada panahan UV matahari umpama memakai krim pelindung dari dalam.

Karoten ini tidak terdapat dalam minyak sawit biasa yang berwarna kekuningan. Minyak sawit merah juga mengandungi vitamin E tokotrienol.

ELAK SERANGAN STROK

Vitamin E tokotrienol yang diperolehi daripada minyak sawit merah mampu melindungi diri anda daripada serangan strok serta mempercepatkan jangkamasa pemulihan akibat serangan strok.

ELAK MASALAH KEGEMUKAN

Selain itu, vitamin E tokotrienol juga mampu melambatkan keupayaan badan membentuk sel lemak baru serta membunuh sel lemak sedia ada. Ini pastinya satu perkembangan baru yang mampu menyelesaikan masalah kegemukan.

Gabungan kedua-dua antioksida iaitu karotenoid dan vitamin E tokotrienol, memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan

tindakbalas radikal bebas yang berbahaya dalam badan, sekali gus membantu melambatkan proses penuaan lalu mengekalkan kesihatan otak.

MELAMBAT PROSES PENUAAN

Sebarang penyakit penuaan sebenarnya membabitkan keradangan. Minyak sawit merah boleh melambatkan proses penuaan

melalui kemampuannya dalam mengurangkan keradangan itu.

HALANG SEL KANSER PAYUDARA MEREBAK

Di samping itu, beberapa kajian awal menunjukkan potensi minyak sawit merah dalam menghalang sel kanser payudara daripada

merebak.

Dengan segala kebaikan yang ada pada minyak sawit merah, kita boleh memanfaatkannya sebagai sebahagian menu kita.

INFO
Mampu melambatkan keupayaan badan membentuk sel-sel lemak baru.

Mampu melindungi diri anda daripada serangan strok serta mempercepatkan jangka masa pemulihan akibat serangan strok.

Minyak sawit merah juga mengandungi vitamin E tokotrienol.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: