TRESEMME Salon Silk Shampoo 500ml

Syampu untuk rambut lembut

Tresemme Salon Silk Syampu adalah syampu yang licin yang membantu mengurangkan keriting untuk memberikan rasa  licin yang halus dan agar rambut kelihatan lebih lembut dan gelap. Dengan sistem pelicinan yang canggih di dalam syampu ini kerana ia dirumus dengan minyak argan moroccan yang membersihkan dan membantu menguruskan rambut yang tidak teratur, menjadikannya lembut dan ibarat mencuci rambut di salun. Kini rambut anda akan terasa lebih lembut ketika dibelai.

 

REDKEN Scalp Relief Soothing Balance Shampoo

Terbaik untuk dermatitis dan eczema

Syampu yang dirumus khas dengan gabungan bahan-bahan yang unik untuk memberikan bantuan yang berkesan untuk kulit kepala sensitif dan pembersihan yang lembut untuk kulit kering, gatal, kemerahan sambil melindungi rambut anda untuk menjadikan lebih sihat. Anda hanya perlu letakkan pada rambut yang basah dan urut rambut anda dan bilas. Harga syampu ini mahal sedikit berbanding syampu yang lain kerana fungsinya yang khas untuk kulit yang sensitif.

 

Good Virtues Co. Healthy Hair & Scalp Shampoo

Terbaik untuk rambut gugur dan gatal kulit kepala

Syampu penjagaan anti-ketombe, ini tulen dengan pembersihan organik minyak habbatus sauda (Organik Minyak Benih Hitam) yang berfungsi untuk menyahtoksik rambut anda dan menghilangkan segala rasa kegatalan pada rambut. Formula pelindung kami membantu menghilangkan dan menghalang kemunculan semula kelemumur, dengan campuran ekstrak maca root semula jadi dan vitamin B5 membantu dalam menguatkan folikel untuk mengurangkan penurunan rambut. Jangan risau kerana syampu ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, parabens, pewarna tambahan, dan tidak diuji pada haiwan.

 

LA BOURSE ESSENTIAL TONIC HAIR SHAMPOO

Terbaik untuk cepat memanjangkan dan melebatkan rambut

Syampu ini membantu membesarkan saluran darah dan mengaktifkan papillae rambut untuk merangsang pertumbuhan rambut, menjadikan rambut cepat panjang. Selain itu, ia merangsang sel dan bertindak sebagai perlindungan terhadap keguguran rambut dan menguatkan rambut. Diformulasikan dengan ginseng, D-Panthenol dan vitamin. Ekstrak Witchazel dan ekor kuda yang sangat berkesan dalam menguatkan rambut yang rosak dan lemah.

 

A-LICES Lotion ANTI-Kutu 60ML

Terbaik untuk basmi kutu rambut

Syampu ini digunakan untuk rawatan dan pembasmian kutu kepala, kutu badan dan telur kutu. Syampu ini harus disapukan dengan menutup seluruh kawasan rambut dan kulit kepala dan biarkan ia selama 10 minit. Anda kemudian boleh membilasnya. Rambut akan berkurangan kutu selepas 1-2 kali penggunaan sahaja kini kulit kepala anda akan terasa bebas dari kegatalan.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: