GARNIER PURE ACTIVE ANTI-ACNE WHITE ACNE & OIL CLEARING SCRUB

 

Ini ialah rekomendasi scrub muka yang terbaik untuk menyelesaikan masalah jerawat dan kulit berminyak. Dengan hanya 4 minggu sahaja, kesan jerawat dan bintik hitam akan hilang sekelip mata serta masalah kulit berminyak berkurangan. Ia juga mempunyai sijil Halal.

GARNIER MEN POWERWHITE WHITENING SCRUB

Scrub muka untuk lelaki kulit berminyak

Lelaki juga perlu memakai scrub muka untuk mendapatkan kulit yang segar. Produk ini dapat menghilangkan semua kekotoran dan mengawal kulit berminyak. Ia adalah dual produk yang membersihkan kulit secara mendalam serta mencerahkan muka.

ST IVES NOURISHED & SMOOTH OATMEAL SCRUB & MASK

Scrub muka drugstore yang mengandungi oatmeal

Ini merupakan produk 2-dalam-1 kerana boleh digunakan sebagai scrub muka atau mask. Ia mempunyai aroma yang menyenangkan iaitu bau oatmeal dan juga madu. Dengan menggunakan scrub, muka pasti nampak lebih sihat, lembut dan segar. Selain itu, ia diperbuat 100% daripada serbuk kulit badam dan dijamin selamat digunakan.

HIMALAYA APRICOT SCRUB

 

Scrub muka apricot

Terdapat banyak sel kulit mati dan kekotoran pada wajah. Justeru itu, scrub muka apricot ini membantu untuk mengupas sel kulit mati serta bintik hitam. Ia juga mengandungi vitamin E semulajadi yang dapat melembutkan kulit. Pasti muka kelihatan berseri-seri selepas ini!

SKINFOOD RICE BRIGHTENING SCRUB FOAM

Scrub muka beras untuk kulit kering

Bagi yang mempunyai masalah kulit kering, anda patut cuba scrub muka yang dihasilkan daripada beras.  Scrub ini membuat muka kelihatan awet muda kerana produk ini jenis anti-penuaan. Untuk orang yang memliliki kulit yang normal sehingga kulit kering, sangat sesuai untuk menggunakan scrub beras supaya kulit kelihatan segar.

KLAIRS GENTLE BLACK SUGAR FACIAL POLISH

Scrub muka menggunakan gula dan bahan semula jadi

Scrub muka ini menggunakan gula hitam untuk membuang sel kulit yang mati dan menaikkan seri muka. Anda pasti pernah mempunyai masalah makeup yang tidak sekata atau pecah kan? Dengan menggunakan scrub muka ini, ia akan melembutkan kulit muka dan makeup juga akan nampak lebih sempurna.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: