Kegel

Kegel adalah senaman yang baik bagi lelaki dan wanita. Bagi wanita, Kegel adalah salah satu dari senaman yang paling bermanfaat mereka boleh lakukan untuk menguatkan otot pelvis mereka. Otot pelvis yang kuat boleh mengurangkan risiko masalah mengawal air kencing (inkontinens) dan membuatkan proses bersalin lebih mudah. Kegel menambahkan kapasiti lelaki untuk mendapatkan ereksi yang lebih lama dan keras yang turut memberikan wanita lebih keseronokan.

Bagaimana ingin melakukannya: Untuk melakukan Kegel, anda harus mengenal pasti dahulu otot pelvis. Anda boleh merasainya di dalam tandas semasa menghentikan aliran kencing. Semasa melalukan ini, anda sedang mengecutkan otot pelvis anda. Jangan tahan nafas atau menggerakkan perut anda semasa melakukannya.

Posisi plank

Adalah mudah untuk melihat mengapa abdomen yang kuat adalah baik untuk seks. Abdomen yang rata bukan sahaja cantik dari sudut fizikal, tetapi ia adalah petanda bahawa anda mempunyai stamina yang cukup untuk “bertahan”.

Bagaimana ingin melakukannya: Tujuan posisi plank adalah untuk menguatkan otot di sekeliling abdomen dan paha anda. Pastikan badan selari dengan lantai. Bahu dan lengan anda harus berseranjang dengan lantai. Jika susah untuk menstabilkan tangan dan jari kaki anda, anda boleh mengurangkan intensitinya dengan menggunakan siku dan lutut, bukannya tangan dan jari kaki. Sila ingat bahawa bahu dan lengan anda perlu kekal pada sudut 90 darjah pada lantai dan jangan naikkan atau rendahkan punggung anda.

Baring dan angkat kaki

Semasa hubungan kelamin, berlaku banyak terjahan pinggul. Pergerakan ini memerlukan otot quads yang kuat. Jika anda tidak tahu apa itu quads, ia adalah otot di hadapan dan belakang paha anda. Mengangkat kaki merupakan senaman paha yang baik. Tambahan pula, anda boleh melakukannya semasa baring melihat telefon.

Bagaimana ingin melakukannya: Baring di atas belakang anda dengan tangan di sisi. Angkat kaki anda dalam keadaan lurus ke arah siling dan turunkannya perlahn-lahan. Untuk menjadikan senaman ini lebih susah, semasa anda menurunkan kaki, jangan biarkan ia sentuh ke lantai dan biarkan ia tergantung. Cara yang lain adalah dengan meletakkan kaki anda pada satu sudut. Semakin dekat dengan lantai, semakin mencabar.

Tekan tubi

Tekan tubi akan meningkatkan kekuatan bahagian atas badan anda serta meningkatkan ketahanan anda secara umum. Dengan melakukan senaman ini secara berkala, akan juga akan membuka dada dan menambahkan kapasiti paru-paru anda serta kadar degupan jantung.

Bagaiman ingin melakukannya: Mulakan dengan posisi plank dengan tangan anda langsung di bawah bahu dan kaki sedikit jarak antara satu sama lain. Bengkokkan bahu untuk merendahkan badan ke arah lantai. Jangan jatuhkan diri ke atas lantai. Cuba untuk merendahkan badan anda seboleh mungkin. Seperti plank, anda boleh mengurangkan berat dan menjadikan senaman ini lebih mudah dengan menggunakan lutut berbanding jari kaki. Semasa menurunkan badan, pastikan belakang anda kekal lurus.

Squat

Squat adalah salah satu dari senaman terbaik untuk mendapatkan punggung yang padat dan melengkung. Squat secara berkala tidak hanya membuatkan punggung anda kelihatan lebih baik dan menambah keinginan seks, ia turut meningkatkan aliran darah ke kawasan pelvis.

Bagaimana ingin melakukannya: Bengkokkan pinggul dan lutut seperti sedang duduk di atas kerusi sambil meluruskan bahagian belakang. Anda boleh menambahkan berat untuk meningkatkan lagi ketegangan. Ada 4 perkara yang perlu anda ingat:

  1. Pastikan jarak antara kaki anda adalah sejauh jarak antara bahu. Semakin jauh, semakin tidak stabil. Semakin dekat, semakin kurang efektif senaman tersebut.
  2. Jangan tutup lutut anda, biarkan ia terbuka. Paling ideal ialah lutut anda perlu selari dengan jari kaki. Apabila anda sedang turun, jangan biarkan lutut anda melepasi hujung kasut.
  3. Tegangkan otot quad dan tampung berat anda menggunakan paha. Semakin rendah, semakin emncabar senaman tersebut.
  4. Pastikan belakang anda kekal lurus dan kepala anda ditarik kebelakang; dada diangkat dan belakang anda sedikit melengkung.

Oleh  : Muhammad Firdaus Rahim

Sumber : https://hellodoktor.com

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: