Ramai lelaki di luar sana alpa dengan fakta ‘mati pucuk’ yang kian berleluasa dikalangan orang muda. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia lelaki, jadi pengawalan terhadap isu ini harus diketengahkan. Mati pucuk atau nama saintifiknya erectile dysfunction (ED) biasanya terjadi pada lelaki yang sudah menjangkau pada usia 40 tahun ke atas atas sebab faktor umur. Mati pucuk merupakan ketakutan para lelaki kerana ia bukan saja boleh melemahkan metabolisme seseorang, tapi boleh menyebabkan lelaki tersebut mendapat banyak penyakit-penyakit aneh. Tak hairanlah jika yang kena ini terdiri dari golongan tua, tapi jika ia terjadi pada mereka yang muda? Mengapa? Dan bagaimana?

Lelaki gemar menggunakan pelbagai rawatan, atau pil-pil yang meransang hubungan seks bersama pasangan. Ubat-ubat dan jamu yang terjual di farmasi menjadi tarikan lelaki kerana ini akan membuatkan prestasi anda bersama pasangan pada waktu malam lebih hebat. Lelaki mungkin salah dalam faktor ini, kerana ubat-ubatan ini akan menyebabkan anda lesu dan lemah. Prestasi anda lama-kelamaan akan menurun dan anda akan kerap berasa letih dan lemah.

Jadi sebelum anda tergolong dalam kalangan mereka yang mati pucuk di usia muda, apa kata anda cuba beberapa langkah ini:

 

 

Jaga makan

 

Makanan yang mengancam kesihatan jantung seperti burger, jajan boleh boleh menjejaskan keupayaan alat sulit anda. Dalam badan lelaki, salur darah yang paling halus ialah salur darah di zakar dengan garis pusat satu hingga dua milimeter saja, lebih kecil daripada salur darah ke jantung dengan ukuran garis pusat tiga hingga empat milimeter.

Sakit jantung terjadi akibat salur darah tersumbat, jadi kemungkinan salur darah pada zakar yang lebih halus untuk alami perkara ini adalah lebih tinggi. Aliran darah yang lancar penting untuk pucuk. Apabila aliran darah terjejas, maka seseorang akan mula mengalami masalah ini.

Kajian menunjukkan masalah ED jarang berlaku di kalangan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean (mengandungi banyak sayur, buah, ikan, bijirin penuh dan lemak yang baik untuk jantung). Jadi amalkan pemakanan yang sihat.

 

Kurangkan pengambilan minuman beralkohol

 

Jika anda kerap mengambil minuman ini, apa kata kalau anda kurangkan atau berheti terus! Memang tiada kajian bahawa alkohol boleh menjejaskan prestasi seks seseorang lelaki, malah ada sesetengah penyelidik berpendapat wain merah contohnya memberi manfaat kepada kesihatan jantung.

Bagaimanapun ramai pakar bersetuju tidak merugikan kepada seseorang jika tidak minum minuman beralkohol, bahkan ia disifatkan langkah yang lebih baik dalam penjagaan kesihatan. Pengambilan alkohol berlebihan dalam jangka masa panjang boleh merosakkan hati, saraf dan menyebabkan pelbagai isu kesihatan lain yang akhirnya membawa kepada masalah ED.

 

 

Jangan bergantung sangat kepada senaman kemut

Tiada kajian yang menunjukkan senaman Kegel (menegang dan mengendurkan otot pelvis) dapat mengelakkan lelaki daripada ED. Bagaimanapun senaman ini sangat berguna kepada lelaki dan wanita yang mengalami masalah inkontinen (kebocoran kencing). jangan terlalu taksub dengan senaman ini, seolah-olah bila anda telah melakukan senaman ini, segala-galanya akan ok. Anda kena lebih berhati-kati dan pelbagaikan kaedah untuk mengelakkan dari penyakit seperti ini.

Jalani pemeriksaan tahap hormon testosteron

Testosteron ialah hormon yang diperlukan untuk mengekalkan sifat kelelakian seperti merangsang pertumbuhan bulu pada muka dan badan, penghasilan sperma, pembesaran kelenjar prostat dan ereksi; membentuk jisim dan kekuatan otot, mengekalkan keinginan seks; bersifat agresif selain menghasilkan sel darah merah dan mengekalkan ketumpatan tulang. Seorang lelaki akan tahu jika mengalami masalah testosteron menurun dimana dia sudah mula tidak mempunyai nafsu untuk berhubungan seks, dan prestasi mula menurun. Jadi, jika anda dah mula rasa tak ada nafsu dengan isteri anda tu, apa kata kalau anda terus berjumpa dengan pakar.

 

 

 

Sumber: Infomatipucuk

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: