Mitos teman wanita anda seorang psiko!

Menurut kebanyakkan lelaki, antara yang menjadikan wanita itu psiko adalah cemburu. Tidak kiralah sama ada anda sedang mandi, lepak bersama rakan-rakan di kedai mamak, malah anda sedang bersama dengan keluarga, si dia tetap akan menganggu anda dengan panggilan tanpa henti. Jika anda mempunyai sejarah yang menyebabkan si dia hilang kepercayaan terhadap anda, peluang ke dua yang diberikan akan lebih menyakitkan apabila kebebasan anda disekat dan terpaksa melaporkan gerak-geri anda hampir setiap jam kepada si dia.

 

Antara ciri lain yang menunjukkan teman wanita anda seorang psiko ialah dia akan cuba memiliki anda dengan cepat. Apa yang akan dilakukan adalah wanita ini akan menunjukkan kebaikan dan sifat budi bahasa yang terbaik sebelum anda menjadi miliknya. Ini bererti sebelum hubungan anda berdua rasmi, si dia akan bertindak manis, normal malah dia akan menunjukkan bahawa dia seorang yang berfikiran terbuka dan tidak peduli dengan masa peribadi anda. Namun apabila anda dan dirinya telah rasmi berhubungan, setiap gerak geri anda akan diperhatikan, dan jika si dia dapat tahu kelakuan sumbang anda di belakangnya, maka bersedialah untuk tahan halwa telinga anda.

 

Apa yang salah dengannya?

Satu lagi mitos wanita yang psiko adalah, ia sering menjadikan kelakuan normal itu ke sudut berbeza. Wanita akan mempertahan diri dengan mengatakan bahawa kelakuan yang tidak normal yang sering dilakukan seperti menelefon pasangannya ketika pasangan bersama rakan-rakan  disebabkan dia punya berita buruk yang ingin disampaikan. Namun pada sudut pandang lelaki, kelakuan begini dianggap stereotaip dan terus menghukum bahawa teman wanita atau isteri itu seorang psiko. Ada kebarangkalian lain lelaki mempunyai tabiat keluar tanpa memberitahu pasangan dan meninggalkannya dengan semua kerja rumah, jadi logik jugalah kalau si dia itu marah.

Akhirnya, wanita yang dianggap psiko ini akan mengalami masalah kemurungan, Bipolar dan Skizofernia dan dilemparkan sebagai teman wanita atau isteri yang kejam kerana tidak ada komunikasi dalam berpasangan.

 

Apa solusinya?

 

Untuk elakkan teman wanita atau isteri anda di label sebagai wanita psiko sebenarnya agak mudah. Paling utama ialah kita semua perlu mengakui bahawa tingkah laku yang tidak munasabah dalam hubungan tidak ditentukan oleh jantina, tak kiralah lelaki atau perempuan. Lihat diri anda, mungkin anda layak dilayan begini kerana kesilapan anda, mahupun kesetiaan anda. Pulihkan komunikasi anda dengan pasangan untuk elak dari semua perkara ini terjadi.

Baca artikel penuh di Majalah Maskulin Isu September 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: