Bau badan adalah satu yang subjek juga sensitif untuk diperkatakan. Malahan bau badan boleh membuat seseorang itu berasa malu, rendah diri, kecewa, bimbang serta kemurungan. Walaubagaimanapun isu ini perlu ditangani, jika tidak ia akan menimbulkan keadaan yang kurang menyenangkan.

Bau badan banyak dipengaruhi oleh peluh. Proses perpeluhan sangat penting sebagai sebahagian cara biologi tubuh dalam menyejukkan tubuh. Peluh pada badan kita tidaklah berbau, sebaliknya bakteria yang terdapat pada permukaan kulit menyebabkan peluh jadi kurang menyenangkan.  Cara terbaik adalah dengan kerap mandi dan membersihkan tubuh sebaiknya setiap hari.

Punca bau badan

1.Bakteria

Bau badan adalah gabungan peluh dan bakteria. Bakteria memecahkan peluh kepada ‘aromatic fatty acids’ yang menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Badan berbau boleh juga dipengaruhi oleh perasaan, diet, sembelit dan ubat-ubatan tertentu. Kesan sampingan daripada ubat-ubatan tersebut boleh menyebabkan peluh berlebihan.

2.Toksin

Bahan buangan yang terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna juga di antara punca badan menjadi kerap berbau. Toksini ini akan disingkirkan sekiranya ginjal, hati, dan saluran usus berfungsi dengan baik. Akibat sistem pencernaan tubuh yang tidak berfungsi dengan baik, maka toksin akan terkumpul di dalam badan. Mereka yang gemar makan daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline.

3.Kafien dan rempah

Pengambilan kafein dan bahan berempah seperti bawang putih juga akan menyebabkan bau badan yang keterlaluan. Kurangkan makanan tinggi Choline bagi mengelakkan tubuh diselebungi bau.

4.Genetik

Bau badan juga boleh disebabkan faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

 

Tip elak bau badan

1. Mandi dengan kerap sekurangnya tiga kali sehari.

2. Pilih pakaian dari fabrik kapas dan longgar bagi meminimumkan rembesan peluh.

3. Elak makanan tinggi Choline.

4. Cukur rambut halus di bahagian sulit secara berkala.

5. Amalkan pemakaian deodoran yang mengandungi bahan antiseptik.

6.Amalkan penggunaan cecair pencuci mengandungi tiga peratus hidrogen peroksida, pewangi dan anti peluh.

7. Jika ia serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: