Baru 3 minggu kerajaan baru memerintah, Parlimen telah diserikan dengan pelbagai insiden menarik. Semenjak Pakatan Harapan menang dalam PRU ke 14 Mei lalu, banyak perubahan telah dilakukan selaras dengan janji menisfesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan. Banyak perkara telah mula dibahaskan sepanjang tempoh 3 minggu Dewan Rakyat mula bersidang. Ini antara perkara menarik yang boleh anda recap balik sepanjang tempoh 3 minggu ini.

 

 

  • Pembangkang keluar dewan

 

Ini berlaku semasa perlantikan Yang di-Pertua, dimana hampir keseluruh ahli parlimen pembangkang bergerak keluar dewan kerana tidak setuju dengan perlantikan Yang di-Pertua. Dapat disaksikan media sempat merakam detik tersebut dan dapat disaksikan menerusi KiniTV bahawa hanya YB KJ dan YB Anifah sahaja yang masih kekal di tempat duduknya.

 

  • Pakaian Yb Syed Saddiq Dikecam

 

Maskulin sempat mengetengahkan isu ini dimana Pakaian YB Syed Saddiq tidak menepati etika berpakaian di dalam Dewan Perlimen. YB Syed Saddiq ini sememangnya menjadi perhatian umum semenjak beliau menang di Muar dalam Pilihan Raya tempoh lalu. Lihat artikel penuh Sut Syed Saddiq Di Parlimen Dikecam Netizen, Pakar Imej Ini Beri 5 Tip Etika Dalam Majlis Formal

 

  • “F**k You” Kinabatangan

 

Ini terjadi baru-baru ini dimana ahli Parlimen Kinabatangan telah mengeluarkan kata-kata kesat ketika YB Rembau sedang berbahas. Apa yang berlaku ketika itu, YB Pucak Borneo telah menyentuh tentang peribadi YB Bung Mokhtar yang menyebabkan dewan kecoh seketika. Bagaimanapun YB Kinabatangan telah menarik balik ayat tersebut dan perbahasan berlangsung seperti biasa.

 

  • Munafik

 

Ini yang berlaku ketika hari pertama perbahasan dijalankan dalam Dewan Rakyat. YB Bagan Datuk mengeluarkan perkataan Munafik yang ditujukan kepada Perdana Menteri. Namun, Setelah Timbalan Yang di-Pertua meminta agar YB Zahid Hamidi memperjelaskan isu tersebut, maka ia tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. Ini telah memberi kesan pada rakyat dan sekaligus rakyat mula membuat pelbagai spekulasi.

 

  • “Sila duduk, jangan lari!”

 

Ini menjadi trending sepanjang minggu pertama Parlimen berlangsung. Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V, telah merasmikan pembukaan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2018. Ayat tersebut ditujukan kepada pembangkang yang keluar dewan seperti perkara pertama tadi. Rata-rata rakyat puji dengan adengan lucu Agong dan menyifatkan Agong mempunyai personaliti dan jiwa yang lucu.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: