Bahasa jiwa bangsa. Itulah seringkali yang diterapkan dalam masyarakat Malaysia sejak di bangku sekolah lagi. Namun, ada rakyat Malaysia tidak kira mana-mana bangsa, malu dan segan untuk berbahsa Malaysia kerana ia dianggap “kampung”.

Dalam satu video yang dimuat naik Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi akaun Twitternya, @maszlee, gadis itu kelihatan fasih berbahasa Malaysia ketika ditemu ramah sendiri oleh menteri tersebut.

Hana Takahashi yang juga seorang penuntut di Universiti Bahasa Asing, Tokyo bukan saja berminat mempelajari bahasa Malaysia tapi mempunyai semangat untuk memahami aspek masyarakat, budaya dan agama di Malaysia.

Lebih menarik lagi Menteri ada bertanya tentang makanan kegemarannya, dan dia menyatakan bahawa dia amat menggemari teh ais dan roti canai. Comelnya.

Gadis ini mengakui pernah berkunjung ke negara ini sebanyak tiga kali dan menyukai teh ais serta roti canai tetapi tidak suka durian.

Dalam temu ramah itu yang ditonton lebih 23,000 kali, gadis itu juga memberikan pesanan istimewa buat rakyat Malaysia.

“Kepada rakyat Malaysia, sila gunakan bahasa Melayu sebab bahasa itulah bahasa Malaysia,” katanya.

 

 

Sumber: Awani

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: